Bila Sudah Tiba Masanya, aku akan ..



Jaga Masa I Bila sudah tiba masanya , aku akan berhenti dari segala kerja-kerja blog ini . Tapi masanya belum tiba lagi , aku masih menanti . walau pun sekarang ni aku dah mula rasa sikit kepuasan dalam berblog .tapi aku tak nak berhenti di sini.

Kalau korang nak tahu, bidang blog ni luas dan banyak lagi yang aku belum ceburi . Sejak berblog ni, aku jadi makin rajin membaca . sama ada baca blog ataupun baca buku-buku ilmiah. bukan bermakna,bila sudah tiba masanya tu nanti, aku akan berhenti baca buku. hahaha mana boleh, ilmu kan kena cari. dari buaian hinggalah ke liang lahad. ingat tu !


Aku pun pernah cerita dekat pembaca blog aku ni, yang aku dah banyak kali putus asa dengan blog. banyak kali aku nak berhenti blog. Masa tu memang dah betul-betul nak stop. tapi bila fikir balik, aku kata dengan cara ini sahaja yang aku mampu untuk berkhidmat untuk masyarakat. sampaikan ilmu atau info-info kepada masyarakat dalam memastikan yang masyarakat kita ni berilmu.

Jadikan blog sebagai tempat kita untuk membantu kawan-kawan kita yang mencari maklumat. kalau boleh janganlah buat tajuk gempak-gempak tapi isi tak da. kalau aku buat macam tu, korang komen je dekat entri tu ya.


Kalau lah Masa tu sudah tiba, aku mohon sangat kemaafan sebab tak dapat sambung lagi berceloteh dalam blog ini. tapi ia bukan pemisah segalanya, banyak lagi rakan-rakan blogger di luar sana yang hebat-hebat dan mereka sudi membantu kalian dalam memberi maklumat dan info . Mereka bukan harap duit pun . tapi sekadar perkongsian untuk korang dan kita semua.

Hargailah sesiapa sahaja dalam hidup kita. ingat bukan menghargai orang yang berjasa pada kita sahaja tau, hargai mereka-mereka yang di sekeliling kita. dan sentiasa bersyukur atas nikmat yang di kurniakan kepada kita. insyaallah hati bahagia.

salam sayang dari aku.

sekian.

ubai comel.

kalau betul sila komen " ya " di ruangan komen.hahaha












Previous Post Next Post