Review Buku | ANTOLOGI CERPEN BIOHAZARD KARYA KUSHAIRI ZURADI !

Review Buku Antologi Cerpen Biohazard | Assalamualaikum , alhamdulillah, dah selesai sudah aku habiskan bacaan aku pada buku antologi Cerpen Biohazard karya Kushairi Zuradi . Mungkin ramai yang tidak tahu, penulis buku ini merupakan seorang pelajar perubatan ketika beliau menyiapkan tulisannya dalam buku ini yang bertajuk Antologi Cerpen BioHazard .  Seperti yang pernah aku janjikan dulu, aku akan buat review kan. Jadi , ini review Buku Antologi Cerpen Biohazard .

Buku ni, aku dapatkan dari Saudara Penulis Sendiri yang jugak senior aku kat sini ( Mansoura university Mesir ) . Pertamanya, aku teruja kerana ada student yang mampu keluarkan buku ketika masih menuntut di Universiti . Ini juga menjdi pembakar semangat untuk aku menulis dan terus menulis .Baik,berbalik kepada bukunya, sejujurnya aku menyangka keseluruhan buku ni adalah cerita novel  sehingga la baru-baru ni bila aku mula kembali baca ,baru aku perasan yg setiap cerpen yg ditulis takda sambungan . hahaha.. patut la sebelum ni aku baca agak pening untuk memahami jalan ceritanya.. haha.
[ Review Buku ] Antologi Cerpen Biohazard I Kushairi Zuradi

Keseluruhan buku ni menceritakan pasal kehidupan virus dan bacteria yg terdapat dalam diri kita mahupun sekeliling kita . penulis gambarkan kehidupan virus-virus ni seperti manusia. ia bekerja, berumah tangga dan mencari habitat .hakikatnya itulah kitaran hidup virus dan bacteria . budak medic kat sini akan belajar pasal virus-virus tu semua masa tahun 3. hehe.. aku baca buku ni mcm ulang kaji je.. haha salmonella typi dan sebagainya . Menarik bagi yang menyukai cerpen atau cerita sains fiksyen mahu pun non-fiksyen .

Penulis juga mengetengahkan beberapa persepsi masyarakat terhadap perubatan moden . kerana terdapat segelintir masyarakat yang mula mempertikai keupayaan perubatan moden . dan ada yg memandai-mandai dalam urusan perubatan moden lebih dari pengamal perubatan itu sendiri . Disamping itu, penulis juga cuba mengetengahkan suasana masyarakat dunia dan pemimpin mereka . Penulis juga cuba menggmbarkan melalui penulisannya dan para pelakon nya adalah virus, tetapi cerita itu smpai kepada pembaca . Pengolahan cerita yang menarik sehingga menarik aku untuk terus membaca tanpa berhenti . dari satu bab ke bab yang lain.

Secara keseluruhannya, aku cadangkan korang beli dan baca buku ni . menarik dan best sangat.Bukan kita hanya baca jalan cerita cintan-cintun macam buku-buku lain, tetapi kita juga dapat belajar ilmu berkaitan perubatan dan juga cara mengamalkan perubatan . Yang paling penting buku membuka minda kita dari berfikiran kolot terhadap bidang perubatan kepada lebih memahami tugas kita jika kita merupakan pengamal perubatan .

so, dapatkan segera buku Antologi Cerpen Biohazard !!

sekian .

P/s : Terima Kasih kepada Saudara Kushairi atau lebih mesra di panggil Abang Kuchai dalam kalangan pelajar mansoura mesir  sebab sudi bagi aku review buku Antologi Cerpen Biohazard . Maaf atas kekurangan dalam review ini .

[ Artikel ini di update semula pada 3 Ogos 2016 ]

أحدث أقدم