Markah Dan Kedudukan Peserta Big Stage 2020 Minggu 6 (suku akhir)

Markah Dan Kedudukan Peserta Big Stage 2020 Minggu 6. Semalam telah berlangsunnya konsert minggu 6 big stage 2020. Banyak kejutan yang berlaku dalam konsert semalam. Dah masuk minggu suku akhir dah dan menyebabkan perlunya dua penyingkiran. Kita juga menyaksikan penyingkiran 2 orang peserta iaitu Nana Sheme dan Hafiz Zainal.

Manakala Dinie Rashid di selamatkan dengan Immuniti dari para Juri. Bagi anda yang terlepas konsert semalam, anda boleh tonton semula di sini(klik).


Markah Dan Kedudukan Peserta Big Stage 2020 Minggu 6


Berikut merupakan markah para peserta big stage 2020 untuk minggu 6

Markah Dan Kedudukan Peserta Big Stage 2020 Minggu 6

1. Fadh Majid - 77.7% (Seperti Mati Lampu & Bujang Senang) 

Mas Idayu: Tadi kau nak tengok aku pun takut kan? Mami sebenarnya baik kan. Fadh tau tak Fadh nyanyi lagu dangdut Mas Idayu sebagai juri. Bila Big Stage panggil mami, mami rasa mesti ada orang nyanyi lagu dangdut. Mami research setiap peserta dan tulis siap, mami suka Fadh. Fadh ada suara yang versatil. Bila luaran lagi handsome dari dalam TV. Voice control terbaik so far. Sedikit yang kita tak boleh tolong, aura. Tu Fadh sendiri kena cari. 

2. Qody Rany - 76.3% (Teman Pengganti & Merisik Khabar) 

Ajai: Point awak naik minggu ni, saya bagi 73%. Sebenarnya nyanyian awak hanya kemas bila di hujung. Awak dah dapat keseronokan atas pentas. First note jangan sumbang. Bila projection tepat, dia akan sampai. Awak improvise cara awak tu yang awak selesa. Belajar supaya note pertama tu dah sedap. 
 
Mas Idayu: Ada juga bau-bau Black. Bagi mami, mami setuju first note awak tu. Tapi warna tone awak lebih sedap dari Black. Cuma kena jaga apa yang Ajai cakap tu. 
 
Elly Mazlein: Qody hang Chinese look, hang elok. Kak Lina tehibur hang nyanyi tadi. 

 Markah Dan Kedudukan Peserta Big Stage 2020 Minggu 6 (suku akhir)

3. Usop - 74.8% (One Call Away & Tak Ada Logika) 

Mas Idayu: okay la, kalau bagi mami, Usop tak bagus, pandangan mami dia superb. Usop, jangan leka dengan pujian. Inilah antara peserta yang berprogress. Bila progress, boleh maintain. Awak boleh belajar apa yang awak nak belajar kat luar. Mami sangat suka apa yang awak bawa walaupun stage present kaku tapi inilah aura yang mami nak ada pada Fadh jugak. Usop, mami nak untuk lagu-lagu rancak untuk jaga body language. 
 
Faizal Tahir: Saya rasa awak disayangi ramai, bukan nak kata awak drop sangat pun. Awak kena bagi lagi serius untuk lagu ni, lagu ni feel sebenarnya. Dia jadi kelakar.
 
Ajai: Harini hang main-main banyak. Hang dah konfiden hang terer, tak boleh, salah tu Usop. Nyanyi lagu apa pun kesedapan kena ada. Kitorang tengok dari first week, bukan baru this week. Loq laq tu kena buang supaya hang serius. Pembawaan kena ikhlas. 

 Markah Dan Kedudukan Peserta Big Stage 2020 Minggu 6 (suku akhir)

4. Azzam Sham - 74% (Numb & Merisik Khabar ) 



Ajai: Masalah pitching bukan masalah awak, tapi problem lain ketara adalah awak menjerit bila chorus. Ni lagu fast tak bermakna awak kena menjerit. Bila jerit lunak tu dah tiada. Feel kena ada, itu yang buat lagu tu sedap. Ni bila awak jerit, dinamik tu takde. Bila dinamik takde, it's not you Azam. 
 
Mas Idayu: Rata-rata lagu semua bukan forte, tapi bagi mami semua berjaya diorang bawa. Tidak yang macam sebelumnya memang ada here and there. Malam ni bila bagi challenge diorang berjaya. Sebenarnya awak ni bila disuruh improve awak ada improvement. Bila orang suruh maintain, awak jangan maintain. Bila ada progress, baru boleh maintain. Awak ada improvement yang sangat baik. 
 
5. Farisha Iris - 71.7% (How You Like That & Tak Ada Logika ) 

Juri: Actually awak dapat markah yang awak layak. Sejujurnya saya sedaya upaya, mencari honesty. You did a great job.
 
Dayang Nurfaizah: Energy is there, dia perform well bukan senang nak nyanyi lagu fast dan maintain energy. Saya puji. 
 
Ajai: Tapi kamu feel sebab kamu faham beat. Macam ni Usop kena ikut, walaupun tak faham, feel tu kena ada. 
 
6. Hafiz Zainal - 68.7% (Rampas & Bujang Senang) 

Dayang Nurfaizah: Hafiz malam ni, tak tahu nak cakap macam mana,  lagu rock ni kot, saya tak rasa. Macam Hafiz tengah belakon. Persembahan menghiburkan cuma tak sampai. Tak rasa honesty. Tak rasa sangat terutamanya lagu rock macam ni. Tapi vokal ada improvement. Good job untuk vokal Hafiz.
 
7. Nana Sheme - 66.2% (Budak Ngam & Sejati) 

Faizal Tahir: Saya nak bagi lebih dari 65 tapi awak banyak kejutan. Awak ambil cabaran dengan baik setiap minggu. Saya rasa kalau competition ni based on efford, awak dapat A. Awak mencuba, tak terlalu tapi cukup. Kalau based efford, awak champion. This is not your thing sebab dari start patutnya boleh bagi attitude lagi. Mata saya lebih pada penari daripada awak. Tapi ini tak bermakna awak buat tak bagus cuma lagu ni tak bagi strength pada awak. 
 
Elly Mazlein: Kak Lina sangat berpuas hati dengan Nana. Malam paling wow untuk Nana, tapi kita hormat komen dari FT. 

 Markah Dan Kedudukan Peserta Big Stage 2020 Minggu 6 (suku akhir)

8. Dinie Rashid - 64.9% (Umpan Jinak Di Air Tenang & Sejati) 

Dayang Nurfaizah: Sebenarnya saya rasa terhibur sangat. Dan buat pertama kalinya saya nampak awak relaks dan enjoy nyanyi lagu tu. Pada mulanya saya risau boleh ke awak nyanyi lagu ni tapi awak nyanyi cara tersendiri. Terima kasih untuk itu. 
 
Faizal Tahir: Saya rasa ni permulaan yang sangat baik. Pertama kali saya suka adalah awak naik pentas tanpa guna cermin mata hitam. Connection dengan audition lebih cantik. Very good tapi belum excellent. But permulaan yang baik. 

Jangan Lupa untuk saksikan konsert minggu ke lima big stage pada minggu depan ya!


Previous Post Next Post