Kedudukan dan Markah Peserta Big Stage 2020 Minggu 7 (Separuh Akhir)

 Kedudukan dan Markah Peserta Big Stage 2020 Minggu 7 (Separuh Akhir). Hari ahad semalam, telah berlangsungnya pentas separuh akhir big stage 2020. seramai 6 orang peserta bertanding untuk menyingkirkan seorang daripada mereka. Hanya 5 orang peserta sahaja yang layak ke pentas final nanti.

Bagi yang terlepas persembahan semalam, boleh tonton semula di sini(klik).

Selepas selesai persembahan peserta semalam, Farisha Iris telah diumumkan sebagai peserta terakhir yang tersingkir untuk musim ini. Ini bermakna, final kali ini tiada peserta perempuan  yang akan beraksi.

Kedudukan dan Markah Peserta Big Stage 2020 Minggu 7 (Separuh Akhir)

Berikut merupakan markah peserta big stage 2020 minggu 7.


Kedudukan dan Markah Peserta Big Stage 2020 Minggu 7 (Separuh Akhir)


1. Azzam Sham - 81.9% (Tak Mungkin Bersama & Gundah duet bersama Bob Yusof)

Ajai: Rata-rata keseluruhan penghayatan persembahan ni yang terbaik. Walapun tak sehebat yang saya inginkan tapi untuk hari ni lagu ni yang outstanding. Well done. Yang lain tolonglah ingat, nyanyi je bukan suruh buat rumah. Bukan susah pun.  

Syafinaz Selamat: Tapi untuk Azzam, saya lebih suka persembahan yang ni berbanding tadi sebab lebih memberi impak, bermain dengan warna suara jadi beri emosi. Beza dengan tadi lebih improvisation yang tak perlu. Saya rasa awak akan pergi ke final. Saya nak Azzam ingat bila nyanyi tu ada kalanya less is more. Fokus pada emosi dan apa yang awak cakap. 



Kedudukan dan Markah Peserta Big Stage 2020 Minggu 7 (Separuh Akhir)




2. Usop - 75.6% (Lelaki Ini & Kembali Merindu duet bersama Haqiem Rusli)


Dayang Nurfaizah: Tadi masa verse sampai sebelum chorus agak lemah dan goyang sikit, saya salah pilih lagu ke. Tapi hujung awak balas balik. Depan tu kurang sikit, satu kelebihan Usop, Usop selalu boleh ‘mengusopkan’ lagu. Apa-apa lagu awak sahut cabaran, nyanyi cara awak. Malam ni bukanlah teruk tapi okay je. Personal expectation saya tinggi sikit. 


Ajai: Usop, awak macam hilang. Nyanyian, konsentrasi, tak macam sebelum-sebelum ni. Awak hilang penghayatan, timbul benda-benda yang tak sedap. Weakness tu tak boleh straight note. Bila straight note tu yang tak sedap. Kalau dulu lagu Hael lagi susah, hang boleh buat tapi yang ni hang nampak lemah, bangun balik Usop. 


3. Fadh Majid - 73.1% (Someone You Love & Percayalah duet bersama Shiha Zikir)


Dayang Nurfaizah: Bagi saya tak faham kenapa awak dah peserta kelima tapi semua macam berjaga-jaga sangat. Persembahan awak la yang paling nampak berjaga-jaga dari awal. Tak selesa lagu english, saya faham. Tapi jangan biarkan benda tu ganggu persembahan. Jangan bagi alasan. Kata ambil sebagai cabaran tapi macam tak cukup je. Jiwa awak tiada untuk lagu ni. Tapi awak sebagai penyanyi kena perform, deliver lagu tu, tu je tapi sayang. 

Elly Mazlein: Cenggini dik! Kita respect pandangan juri. Awak ada persembahan kedua, kita kasi pom! 

Kedudukan dan Markah Peserta Big Stage 2020 Minggu 7 (Separuh Akhir)

4. Qody Rany - 71.7% (Rude & Satu duet bersama Naqiu)

Dayang Nurfaizah: Sebenarnya memang tak clear sebutan, ada yang tertinggal. Kalau dari segi nyanyian tiada problem cuma awak terganggu dengan macam mana nak sebut perkataan. Tak sampai level semi final, agak berjaga-jaga. Takut salah sebut. Jangan sampai benda tu ganggu persembahan sebab ini semi final.

Syafinaz Selamat: As a singer kita punya job untuk nyanyi lagu tak kira bahasa apa pun. Kita belajar english sejak kecil dan kita pakai sampai sekarang. Nak cakap awak tak boleh fokus sebab ni bahasa yang awak tak biasa, saya tak boleh terima sebab ni semi final. Bila nyanyi, kena fokus pada consonant sebab tadi awak sebut lain. Kena hati-hati. 


Kedudukan dan Markah Peserta Big Stage 2020 Minggu 7 (Separuh Akhir)

5. Farisha Iris - 68.5% (Semalam & Ratusan Purnama duet bersama Syamel)


Syafinaz Selamat: Saya rasa persembahan awak, saya ingin yang tahap tidak kurang daripada semi final. Maksudnya, saya nak yang best sahaja. Persembahan awak dari segi diction, clarity, tone cantik, tapi perlu fokus pada dinamik persembahan. Sebab sekarang sama je macam graf. Kena fikirkan bagi dia nampak besar kat hujung. Jangan bergerak too much stay still je sebab fokus pada singing, emotion. Tapi lower range awak bagus cuma top note agak sengau. Cara senang tutup hidung, mesti tahu sengau ke tak.

Faizal Tahir: Saya tahu ini bukan minggu mudah tapi saya expect a very good show. Awak start dengan okay tapi saya rasa kurang kat feel, tak sampai. 


6. Dinie Rashid - 66.1% (Adventure of A Lifetime & Sumpah duet besama Aizat Amdan)


Faizal Tahir: Saya rasa kalau tengok markah saya bagi terus terang ia lebih banyak kepada awak nampak enjoy, ada energy. It was a good performance tapi vokal la, pitching awak. Kalau la awak boleh kahwinkan pitching tu dengan energy, very nice. But of course kita faham nak dengar orang menyanyi juga, problem awak stamina la. Bukan benda yang senang. Markah saya bagi lebih kepada performance daripada vokal. 

Syafinaz Selamat: Actually kalau dengar suara awak, pada saya tiada bouce. Adakah awak tahu awak handsome? Jadi, gunakanlah kehenseman awak. Awak nyanyi tengok lantai, gunakanlah. Jangan tengok bawah, tengok atas. Kita nak enjoy wajah handsome awak. 



Previous Post Next Post