Jangan lupa untuk saksikan cerekarama Rengkat lakonan Shukri Yahaya, Aprena Manrose dan Syazwan Zulkifly pada Sabtu, 18 April 2020, pukul 9 malam di TV3. Bagi anda yang pertama kali tengok di tv, sebenarnya telefilem ini telah ditayangkan secara online pada tahun 2019.

Untuk tahun 2020, cerita ini akan ditayangkan secara penuh untuk slot cerekarama. Ada yang pernah tengok ke cerita ni?

Cerekarama Rengkat TV 3




Waktu Tayangan : Sabtu, 4 Mei 2019, 10:00 malam
Saluran Tayangan : Slot Cerekarama TV3
Senarai Pelakon : Shukri Yahaya, Aprena Manrose, Syazwan Zulkifly, Nur Emeerlda, Asry Azizan, Kamal Ibrahim, Faezah Elai, Haikal Danial, Haziq Daniel, Shaiful Adam

SINOPSIS RENGKAT


Rais dan isterinya Yani hidup dalam serba sederhana. Mereka dikurniakan seorang anak iaitu Indah yang rengkat (tempang) akibat daripda kemalangan semasa kecil. Suatu hari Rais diberhentikan kerja secara mengejut kerana dituduh menyebabkan kerugian kepada syarikat. Rais buntu memikirkan cara untuk mendapatkan duit untuk menampung keluarganya.


Perkenalan yang tidak disengajakan dengan Bard telah mengubah hidup Rais. Tanpa pengetahuan Yani, Rais telah mengikut Bard untuk meragut demi mendapatkan duit. Indah yang juga bisu tahu mengenai aktiviti ayahnya dan cuba untuk membantu ayahnya supaya berhenti daripada meragut.

Cerekarama Rengkat TV 3

Tanpa pengetahuan Rais, Bard sebenarnya telah merancang segala-galanya kerana mahu membalas dendam terhadap Rais yang pernah membulinya dulu semasa kecil sehingga menyebabkan dia rengkat.

Episod Penuh.

Bagi korang yang nak tengok episod penuh, korang boleh layan di bawah ni ya. Aku nak ingatkan, video bawah ni adalah playlist tau. Jadi korang akan tengok satu per satu sampai habis.





Untuk kaki drama!!

Jom join group fb >> Kaki Drama << untuk tengok drama terkini!


Best cerita ni tau sebab ada Shukri Yahaya tau.
Memang deep dan penuh pengajaran.

Rugi kalau tak tengok sampai habis.

Selamat menonton.


Post a Comment

Previous Post Next Post