Biodata Zara Zya Pelakon Drama Seadanya Aku (TV3)

Biodata Zara Zya Pelakon Drama Seadanya Aku (TV3). Salah satu pelakon yang mempunyai peminat yang ramai adalah Zara Zya. Ramai yang kenal dia kerana kualiti lakonan yang dia ada. Sebab itu semua drama lakonan Zara Zya akan digemari ramai. Korang boleh baca biodata zara dekat bawah ni ya.

Terbaru untuk tahun 2020, Zara kembali dengan sebuah drama yang ditayangkan di tv 3 iaitu drama Seadanya Aku. Dalam cerita ini, kita dapat lihat kembali gandingan Zara dan Azlee Khairi. Lama sudah tak nampak gandingan diorang ni di tv.


Biodata Zara Zya Pelakon Drama Seadanya Aku (TV3)

Selain dari karier dan kerjaya zara menjadi tumpuan, kisah hidupnya juga tidak kurang menjadi bualan ramai. Zara pernah bertunang dengan Hafreez Adam sebelum ini namun mereka telah berpisah.

Sekarang masing-masing kembali menjadi single. Oklah, Jom kita baca biodata Zara Zya di bawah ini ya.

Biodata Zara Zya Pelakon Drama Seadanya Aku (TV3)


Nama penuh : Zainurul Razia Bte Mohd Zainuddin
Nama komersial: Zara Zya
Tarikh lahir : 22 Oktober 1985
Umur : 29 tahun ( 2014 )
Adik Beradik : anak bongsu dari 4 beradik
Instagram : IG Zara Zya >> https://www.instagram.com/zarazya/

Biodata Zara Zya Pelakon Drama Seadanya Aku (TV3)

Drama : Love You Mr Arrogant, Zahira, Supermak, Delina, Haryati2, Tanah Merah (NTV7), Puisi Cinta Rubiah,Tiga Budak Botak - Dua Hari Di Hari Raya, Selipar Jepun Suria, 3 Janji, Enigma, Wasiat Huda, Barat Ke Timur, Kisah Benar, Kudrat, Janji Kita, Suaramu, Kenduri Sakan, Bujang Sepah Lalalitamplom, Sumayyah, Haryati2, Ais Krim, Roti dan Gol, KItab Rindu Terindah, Kampung Jaguh, Gerimis Yang Calar, Bilik No.13, Gila, Now And Forever.

Pada tahun 2017, Zara muncul dalam drama berjudul Kerana Anisa yang disiarkan dalam Slot Samarinda di TV3. Beliau memegang watak utama, digandingkan dengan Mustaqim Bahadon, Fahrin Ahmad dan Sura Sojangi serta artis terkenal yang lain.

Pada 11 Mac 2017, Zara muncul dalam telefilem sempena Drama Festival Kuala Lumpur bertajuk Trauma; memegang watak sebagai Haneem. Telefilem ini juga dibintangi oleh Janna Nick, Saharul Ridzwan, Idris Khan dan Dayana Roza dan disiarkan di TV3.


Semoga rezeki zara semakin murah dan terus berjaya dalam dunia seni tanah air.

Oh ya! Jangan lupa untuk saksikan drama seadanya aku yang ditayangkan di tv3 pada setiap hari isnin hingga jumaat pada jam 7 malam tau.



Jom kongsikan biodata zara zya ini di facebook anda. Terima Kasih.

Previous Post Next Post