Sham-Naqiu Tepis Spekulasi Hubungan Sejenis! Hai korang! Masih lagi bercerita pasal gegar vaganza. Maklumlah dah nak habis dah rancangan ni kan. hehe jadi aku banyak fokus dekat diorang sekarang ni.

Kali ini, banyak pula gosip yang berlegar mengenai hubungan Sham dan Naqiu dalam gegar vaganza 2019. Katanya mereka ni terlebih mesra. Betul ke? Sampai yang mendakwa mereka ada hubungan sejenis.

Fuhh dakwaan macam tu dah melampau ! Jom kita baca penjelasan Naqiu dan Sham bersama dengan astro gempak.

👇👇

Menurut Naqiu, itu merupakan berita paling kelakar yang diterimanya sepanjang berada di dalam GV2019.

Sham-Naqiu Tepis Spekulasi Hubungan Sejenis!

“Pada hari pertama kami dapat tahu pasal ni, memang kami ketawa besar. Sudah lah baru minggu lepas ada kontroversi saya berkahwin kali kedua, sekarang ada gosip ‘bromance’ pula.

“Saya sayangkan Sham sebagai abang saya sendiri dia banyak tolong beri nasihat dan saya turut berkongsi pemgalaman-pengalaman sewaktu saya berdepan masalah hilang suara sewaktu menyanyi di kelab dulu.

“Saya juga sangat menyayangi dia walaupun disalah anggap, kami tak kisah,” kata Naqiu kepada Gempak.

Naqiu ditemui selepas membuat persembahan lagu Tinting pada konsert suku akhir GV2019 yang diadakan di Auditorium MBSA, Shah Alam.

Tambah Naqiu lagi, dia berterima kasih kepada mereka yang mengeluarkan dakwaan seperti.

“Kepada mereka yang cakap kami ni ada hubungan, terima kasih kerasa saya tahu jauh di lubuk hati anda, anda menyayanyi kami berdua,” ujarnya lagi sambil ketawa.

Bagi Sham pula, dia merasakan setiap dakwaan itu merupakan pantulan daripada sikap orang itu sendiri.

“Sebetulnya, saya sangat mengagumi bakat yang ada pada Naqiu. Saya mengenali Naqiu dah lama sejak tahun 2001, dia berkembang di dalam studio milik saya dulu.

Sham-Naqiu Hubungan Sejenis!


“Jadi bila saya lihat Naqiu pada masa itu dan pada hari ini, itu yang membuatkan saya sangat kagum dengan evolusi dia. Bagaimana dia berkembang daripada seorang remaja kepada gitaris dan penyanyi yang sangat hebat,” ujar Sham lagi.

Pada konsert separuh akhir minggu depan, Naqiu bakal mempersembahkan lagu Always dan Hanya Namamu duet bersama penyanyi asal Azmi Saat daripada kumpulan Caliph Buskers.

p/s: korang pun jangan lah cakap yang bukan-bukan. Memang konfem diorang ni orang baik- baik. Jangan buat spekulasi lagi dah tau.

Post a Comment

Previous Post Next Post