Drama Dia Yang Ku Cinta (TV3)

Drama Dia Yang Ku Cinta (TV3). Drama baru lakonan Sharnaaz Ahmad ini mula bersiaran sejak 26 November 2019 yang lalu. Dalam drama ini Sharnaaz digandingkan dengan pelakon baru iaitu Syerinie Myra yang membawa watak sebagai Cempaka.

Drama Dia Yang Ku Cinta (TV3)


Tarikh Mula : 26 November 2019
Waktu Tayangan : Isnin-Khamis, 10:00 malam
Saluran Tayangan : Slot Samarinda TV3

Drama Dia Yang Ku Cinta (TV3)


Senarai Pelakon : Sharnaaz Ahmad, Syerinie Myra, Luqman Hafidz, Siti Khadijah Halim, Arash Mohd, Catriona Ross, Afieq Shazwan, Jovi Heng, Watie Sadali, Silfeny, Sabrina Ali, Ruminah Sidek, Riena Diana, Shah Rezza, Zila Bakarin, Khalida Balqis, Effa Narisha, Dai Izzhar Nazri, Izzy Reef, Fateha, Qistina Raisah, Nadzrul, Izzya Reen



SINOPSIS Drama DIA YANG KU CINTA


Cempaka Amna dan adiknya Iman Idham merupakan anak tiri kepada Tuan Khalid.  Mereka dibawa tinggal bersama Tuan Khalid dan Puan Marhanna apabila ibu kandung mereka telah meninggal dunia. Kedua anak yatim ini amat dibenci oleh Puan Mahanna yang menyimpan dendam terhadap kedua-dua anak arwah hingga mereka meningkat dewasa.

Anak Puan Marhanna iaitu Lara Andrew juga mempunyai sikap yang sama seperti ibu mereka namun abang kepada Lara Andrew begitu baik dan amat menggambil berat tentang kebajikan kedua anak yatim ini. Ini membuatkan Puan Marhanna dan Lara Andrew bertambah sakit hati kerana merasakan kedua mereka ada pembela mereka selain dari Tuan Khalid.




Hafidz Andrew dan Lara Andrew juga merupakan anak tiri kepada Tuan Khalid. Mereka adalah anak kepada Puan Marhanna bersama bekas suaminya iaitu seorang lelaki inggeris. Hafidz dan Lara dibawa pulang ke Malaysia selepas Puan Marhanna dan suaminya bercerai.

Chempaka Amna yang tidak tahan didera oleh Puan Hanna telah mengambil keputusan untuk lari dari rumah mereka. Walau beliau berasa berat hati hendak meninggalkan adiknya yang oku, beliau berazam akan kembali mengambil adiknya semula pada suatu hari nanti.

Pertemuan dengan Luqman, seorang jurutera itu memberi tapak untuk dia lari daripada sengsara itu namun cinta Hafidz Andrew memaksa dia kembali berdepan dengan Mahanna dan Lara Andrew.


Drama Dia Yang Ku Cinta (TV3)

Best tak jalan cerita drama dia yang ku cinta ni? Kalau best, korang share dekat facebook korang ya!


Previous Post Next Post