SHAM VISA TERIMA 1,000 MESEJ DI INSTAGRAM SETIAP HARI!

Salah seorang peserta gegar vaganza 2019 yang sentiasa menjadi bualan ramai adalah Sham Visa. Beliau merupakan salah seorang daripada ahli kumpulan visa dan dia merupakan vokalis kumpulan tersebut.

Sham yang mempunyai wajah yang tampan mengakui yang dia menerima lebih dari 1,000 mesej di Instagram miliknya sehari. Ia berlaku selepas dia memasuki rancangan gegar vaganza musim ini.

Terima Mesej dari Isteri Orang ?


Sham berkata, kebanyakan mesej yang diterima datangnya daripada peminat wanita malah ada dalam kalangan isteri orang.

SHAM VISA TERIMA 1,000 MESEJ DI INSTAGRAM SETIAP HARI!


"Namun, saya menganggap kiriman mesej itu daripada peminat kepada seorang artis. Mereka meminati saya.

"Saya bukan saja dapat mengumpul semula peminat-peminat lama daripada zaman kegemilangan Visa dulu bahkan dapat juga peminat baru yang masih muda.

"Semoga mereka terhibur dengan kemas kini akaun Instagram yang banyak dibantu oleh syarikat pengurusan saya," katanya kepada Gempak.

"Tidak ada mesej yang bukan-bukan dan syarikat pengurusan saya sentiasa menyelia kandungan yang dihantar kepada saya.

"Jelas sekali media sosial bukan bidang saya dan saya masih belajar perkara baharu," tambahnya.

sumber ; Gempak

Fuhh mana tak ramai yang dm sham ni. Muka hensem mesti ramai nak try kan walaupun usia dah semakin meningkat.

Apa-apapun dia antara peserta faveret aku untuk musim ni. hehe Good Luck Sham!


Previous Post Next Post