Peserta Gegar Vaganza Musim 6. Tadi pagi aku ada update pasal 'ramalan' siapa yang akan menjadi peserta dalam rancangan realiti GV 2019. Tak sangka, petang ni astro dah umumkan kesemua para peserta yang terlibat untuk musim ke 6 ini.

Mesti korang semua tak sabar dah kan. hehe

Peserta Gegar Vaganza Musim 6

Musim ini, Astro masih mengekalkan hos Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai peneraju rancangan ini seperti tahun-tahun sebelum ini. Gandingan mereka memang sentiasa mencuit hati penonton.

Tapi siapa pula yang akan jadi penaja musim ini? Hahaha Orang dah rindu DSV tau. Mungkin dia dan mungkin juga orang lain.



Senarai Penuh Peserta Gegar Vaganza Musim 6


Kali ini kita ada 13 orang peserta yang hebat-hebat belaka. Antara peserta gegar vaganza 2019 adalah  Wann, Sham Visa, Noorshila Amin, Naqiu (Boboy), Ameer (Sofazr) dan Hady Mirza.

Kita juga ada Mazleela, Feeza, Nur Fatimah, Roy, Jatt Ali,Kool (Hairie & Riot) serta One Nation Emcees (Mimi Fly, Jojo Fly, Kozae) yang turut disertai penyanyi solo kelahiran Sabah, Sabhi Saddi.


Kita budak-budak baru ni kenal  One Nation Emcees ja. hahaha Tap peserta lain juga merupakan legenda dalam era nyanyian masing-masing.

GV 2019 : Senarai Penuh Peserta Gegar Vaganza Musim 6


Agak-agak anda, siapa yang akan memenangi GV musim ke 6 ini? 

eehhhh Jaap.

Layan dulu konsert pertama nanti, baru kita tengok siapa yang akan menang kan. hehe

Tak sabar nak tunggu 13 oktober ini untuk konsert pertama gv 2019.

Semoga berjaya buat semua peserta gegar vaganza musim 2019. Buat yang terbaik untuk peminat-peminat anda.

1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post