" Nak Menari Tapi  Takut ... " Jatt Ali. Untuk konsert minggu ketiga ini, Jatt Ali mendapat lagu tugasan bertajuk Awallah Dondang yang dinyanyian oleh Norhaniza Idris.

Kata Jatt, ini pertama kali dia menyanyikan lagu yang berlainan genre yang biasa dia nyanyikan.

"Akan saya cuba untuk belajar melodi lagu Awallah Dondang itu dan kalau boleh menari saya akan menari.

"Cumanya risau takut terlupa lirik macam minggu pertama," katanya kepada Gempak.

Dia akan cuba mendalami ilmu, cara nyanyian dan lenggok lagu Awallah Dondang itu daripada penyanyi asalnya, Noraniza Idris.

" Nak Menari Tapi Takut ... "- Jatt Ali


"Sudah pasti saya akan cuba bertanyakan pendapat, tips dan nasihat daripada penyanyi asal lagu itu.

"Saya perlu kerja keras untuk minggu ini bagi menebus semula prestasi saya pada konsert kedua," ujarnya

Sumber : Astro Gempak

Kalau korang masih ingat, Jatt menduduki top 3 dari bawah pada minggu lepas. Jadi dia kena buat yang terbaik pada minggu ini.

Kalau tidak, dia juga berkemungkinan tersingkir awal.

Semoga berjaya untuk Jatt Ali.




Post a Comment

Previous Post Next Post