Senarai Penuh Peserta Muzikal Lawak Superstar 2019

Rancangan baru iaitu Muzikal Lawak Superstar 2019 akan berlangsung pada 28.6.2019. 14 Peserta Berkumpulan bertanding dalam muzikal lawak superstar bagi merebut hadiah utama bernilai RM 150,000.

Nabil Ahmad dan Nabila Huda akan menjadi pengacara untuk rancangan ini. Gelagat dua orang pengacara ini pasti akan mencuit hati penonton setiap minggu.

Sebelum ini, kita ditayangkan dengan rancangan sepahtu reunion live dan juga Maharaja Lawak mega. Kini, dah ada rancangan baru, bagaimana pula penerimaan penonton untuk program ni kan.

Peserta Muzikal Lawak Superstar


Manakala Dato' Awei, Nora Danish dan Altimet telah dipilih sebagai juri muzikal lawak superstar. Mesti para peserta akan dinilai dari sudut komedi, nyanyian dan lakonan mereka di atas pentas.

14 Peserta Muzikal Lawak Superstar

Para peserta akan mewakili kumpulan masing-masing yang terdiri dari pelawak, penyanyi dan pelakon. Jom kita tengok siapa yang masuk bertanding.

BOTAK: Achey, Abam & Black
VOICE: Sharif Zero, Chiwan Chilok & Shiha Zikir

NEWBOH: Tomok, Ali Puteh & Mamak Puteh
J-BORN: Joey, Vicha & Khir Rahman

TAMANZ: Tauke, Man Raja Lawak & Zulin Aziz
TITANS: Ain Edruce, Issey & Ammar

LIBRA: Bell Ngasri, Elly Mazlein & Rahim Sepahtu
KRONI: Achok Chilok, Kamal Chilok & Nonie AF

SEP: Eyya Gegar Lawak, Pinky Miss Lawak & Shahrul AF
HEART: Daniel Lawak Solo, Azmi Caliph Buskers & Ezad Lazim

KITAWA: Nadzmi Adhwa, Tapai & Ilham Gegar Lawak
WASAP: Wan Gegau, Amir Lawak & Syura

BUNGA: Caca, Leez AF & Azmir
U N I : Fad Bocey, Atu Zero & Fakhrul UNIC

Info Program


Tarikh Mula Tayangan : 28.6.2019
Masa : 9 pm
Saluran Tayangan : Astro Warna.
Hari Tayangan : Setiap hari Jumaat

Untuk pengetahuan anda, Setiap hari jumaat jam 8.30 malam akan ada satu slot Digi Extra Lawak yang akan dihoskan oleh Izzue Islam dan juga Sissy Iman. Nak tahu apa yang diorang nak bualkan ? Kenalah tengok setiap hari jumaat sebelum Konsert Muzikal Lawak Superstar.



Penaja rasmi bagi muzikal lawak superstar kali ini adalah Digi. Patutlah banyak warna kuning jer dalam promo program. hehe

Akhir sekali, jangan lupa tengok program baru ini dan berikan sokong kepada peserta-peserta kegemaran korang ya.


Previous Post Next Post