14 Peserta SAH Bertanding Dalam Maharaja Lawak Mega 2018

Untuk tahun ini, Maharaja Lawak Mega 2018 kembali menemui para peminat mereka. Ramai yang tak sabar nak tengok bintang-bintang lawak mereka beraksi kan.

Dengar cerita peserta maharaja lawak mega 2018 kali ini ada kelainan sikit. betul ke ? selalunya para peserta terdiri dari pelawak kan. Bagaimana pula kali ini?

Seperti musim-musim sebelum ini, MLM 2018 juga masih mengekalkan format yang sama cumanya ada beberapa nama baru yang akan membarisi senarai peserta kali ini.

14 Peserta Maharaja Lawak Mega 2018

Aku pun tak sabar nak tengok  Zero beraksi. hehe
Kalau musim-musim sebelum ini, depa paling banyak lawak berbanding peserta lain kan.

hehe teringat Si Atu lak.. diorang masuk tak musim ni ?

JUARA MAHARAJA LAWAK MEGA 2017


Jika anda sudah lupa, suka kami nak ingatkan mengenai juara musim lalu. Mereka adalah Kumpulan Bocey !

setelah beraksi dalam musim lepas, akhirnya mereka menjuarai musim 2017.

Menang RM 500,000 weh ! kaya ...

Musim 2018 nanti siapa pula yang akan jadi juara ?

PESERTA MAHARAJA LAWAK MEGA 2018


Berdasarkan senarai peserta ini, kita boleh simpulkan yang mereka terdiri daripada
2 peserta solo, 4 kumpulan duo dan 8 kumpulan trio.

  • Dany Beler, 
  • Hilmy Ashley
  • Taman - Tauke dan Man 
  • Shiro - (Ajak dan Shahrol )
  • Puteh - ( Ali dan Mamak )
  • 2B - ( Man dan Weera ) 
  • Bocey - ( Fad, Achey dan Abam )
  • Abata - ( Alham, Wannwala dan Ilham 
  • Joras - ( Joey, Ropie dan Rahim )
  • Kiut - ( Tapai, Nizam dan Shendo )
  • Masin - ( Jiggy, Wicha dan Mamat Bora )
  • Abioso - ( Ami, Sarip dan Mamad ) 
  • Zero - ( Sharif, Atu dan Syaiful ) 
  • Chilok - ( Kamal Sumbu, Chiwan dan Achok )



ramainya pelawak-pelawak dalam maharajalawak mega kali ini !

dah tak sabar nak tengok macam mana pesembahan mereka kali ini kan.

JURI MAHARAJA LAWAK MEGA 2018


Berdasarkan maklumat terkini,  Siapa juri maharaja lawak 2018 hanya akan diketahui pada minggu pertama program ini di siarkan.

Nak buat suprise lah tu. hehehe

Update , Juri MLM 2018


1. Douglas Lim
2. Tya Ariffin
3. Remi Ishak
4. Scha Al-yahya

Oh ya ! lupa pula nak bagitahu anda.
Pengacara MLM 2018 seperti biasa.


ia akan diacarakan oleh Dato AC Mizal !
memang meriah lah minggu-minggu kita lepas ni . hehe

WAKTU TAYANGAN MLM 2018


Masih mengekalkan waktu tayangan rancangan ini, iaitu pada setiap hari Jumaat. Rancangan ini akan disiar pada jam 10 malam pada hari yang sama.

Tarikh rancangan ini mula ditayangkan adalah pada 2 November 2018 ini.

LIVE STREAMING MAHARAJA LAWAK MEGA 2018


Kami akan cuba dapatkan link live streaming untuk anda.

jom like page kami >> kataubaid << untuk sebarang info MLM yang kami akan umumkan nanti.



Kita ucapkan semoga berjaya buat kesemua peserta maharaja lawak 2018, tak sabar kita nak tengok siapa yang akan menjuarai musim kali ini.

Jangan lupa kongsikan link ini dengan rakan-rakan anda yang lain juga ya !


Previous Post Next Post