Recents in Beach

Senarai Pelakon Drama Setelah Terlafaznya Akad

Drama baru yang sedang hangat di tayangkan di Asto Ria adalah Drama Setelah Terlafaznya Akad. Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama setelah terlafaznya akad adalah Kamal Adli dan Uqasha Senrose. Aku ada baca respon penonton, ramai yang suka gandingan sweet diantara kamal dan Uqasha.

Sehinggakan ada diantara mereka menggelar pasangan ini sebagai #Uqamal. Hasil gabungan dua nama iaitu Uqasha dan Kamal hehe. Macam-macamlah diorang ni kan.

Drama ini di adaptasi daripada novel karya Anna Milia dan diarahkan oleh pengarah terkenal iaitu Micheal Ang.

Jumlah Episod : 28 episod
Tarikh Mula Tayangan : 17 Jun 2019
Waktu Tayangan : Isnin-Khamis, 10:00 malam
Saluran Tayangan : Slot MegaDrama (Astro Ria& HD)


Senarai Pelakon Drama Setelah Terlafaznya Akad

Senarai Pelakon Drama Setelah Terlafaznya Akad


Senarai Pelakon lain yang terlibat dalam cerita setelah terlafaznya akad adalah Zeera Azizi, Nadya Syahera, Erwin Dawson, Zulhemy, Sharifah Shahora, Alif Muhaimin, Norlia Ghani, Hamidah Wahab, Rashdan Baba, Ikhram Juhari

Sinopsis


Drama ini mengisahkan tentang kisah Hanan ( Kamal Adli ) yang bercerai dengan isterinya, Hani. Kemudian dia dipaksa untuk berkahwin dengan Nawal ( Uqasha ). Si Nawal pula terpaksa menerima lamaran tersebut untuk menutup rahsia besar yang berlaku.

Namun Hanan masih cintakan Hani. Kerana dia terlalu mengejar Hani, dia akhirnya melepaskan Nawal.

Pelakon Setelah Terlafaznya Akad

Namun akhirnya dia sedar yang, dia lebih memerlukan Nawal berbanding Hani. Maka bermulalah episod Hanan memujuk si Nawal untuk kembali kepadanya.

Agak-agak berhasil tak?
Kalau nak tahu, kenalah tengok cerita ni sampai habis. hehe



Post a Comment

0 Comments