Sinopsis Drama Bukan Cinta Aku TV 3

Drama baru yang bertajuk Bukan Cinta Aku mula ditayangkan sejak 5 jun yang lalu. Kira dah lama dah cerita ni. Pelakon utama drama bukan cinta aku terdiri daripada Syafiq Kyle, Janna Nick, Baim Wong, Mimi Lana dan Daler Yusuf

Ramai yang suka drama ni tapi aku agak kurang sikit lah. Jalan cerita dia ok, cumanya aku tak suka sebab macam over sangat scene dia tu kadang-kadang. hehe

Lagi satu, kenapa kena peluk-peluk laki perempuan dalam cerita ni. ermm.. mungkin satu scene jer kot, tapi dia spoil terus mood nak tengok. hahaha

Korang layan lah tau.

Pelakon Drama Bukan Cinta Aku



Selain dari pelakon utama, aku kongsikan artis lain yang terlibat dalam cerita ini. Antaranya adalah Maria Farida, Eizlan Yusof, Marisa Yasmin, Eyka Farhana, Aishah Azman, Dini Schatzmann, Azizah Mahzan, Fizo Omar, Paula Verhoevan dan Jay Iswazir

Drama Bukan Cinta Aku TV 3


Tarikh Mula Tayangan : 5 Jun 2019
Waktu Tayangan : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
Saluran Tayangan : Slot Akasia TV3


Sinopsis Drama



Riana yang belajar di London bercuti di San Francisco bersama keluarganya untuk cuti semester. Riana kelihatan murung pulang kerana bergaduh dengan kekasihnya Aidil, anak kepada seorang ahli politik.

Disana Riana sering ditemani Arjuna , pemandu peribadi keluarganya. Kata-kata semangat Arjuna memberi kekuatan kepada Riana untuk meneruskan hidupnya tanpa Aidil. Melihat pada ketulusan Arjuna membuatkan Riana suka kepada Arjuna.

Sinopsis Drama Bukan Cinta Aku TV 3

Hubungan Arjuna dan Riana sangat unik. Memang Arjuna sukakan Riana tapi, Arjuna sedar dirinya hanya seorang pemandu. Dia tak layak mendampingi Riana. Hubungan mereka semakin rapat dan mula merahsiakan hubungan cinta mereka daripada kedua ibu bapa Rania.

Malangnya rahsia mereka terbongkar dan Rania dipaksa berkahwin dengan Tengku Isma. Sejak perkahwinan itu, Rania tidak begitu gembira.


Jangan lupa tengok tau !

Previous Post Next Post