Cerekarama Telapak Waktu

Senarai Pelakon dan Sinopsis Telapak Waktu. Malam ini akan ditayangkan satu drama untuk slot cerekarama di TV 3. Cerita tersebut bertajuk Telapak Waktu.

Agaknya, apalah jalan cerita drama ni kan. Selalunya slot cerekarama ni memang menayangkan cerita-cerita yang berkualiti kan. Jadi tak sabar pula nak tunggu untuk tengok telefilem telapak waktu ni.

Senarai Pelakon dan Sinopsis Cerekarama Telapak Waktu


Minggu lepas, cerekarama penunggu simpang yang dibintangi pelakon Aiman Tino berjaya mencuit hati penonton. Katanya cerita seram. Korang dah tengok ke belum ?

Kali ni, kita tengok Hazama pulak berlakon. Sebenarnya dia pun dah berlakon dalam banyak drama dah. Mungkin kita ja yang tak perasan sebabnya selalu tengok dia atas pentas sebagai penyanyi hehe.

Senarai Pelakon 


Antara pelakon yang terlibat dalam cerekarama ini adalah Hazama, Rosnah Johari, Wanna Ali, Sharifah Shahora, Kodi Rasheed dan Aman Graseka.


Untuk pengetahuan anda, cerita ini dihasilkan sempena Drama Festival Kuala Lumpur 2019 tau. Mesti best jalan cerita dia kan.





Waktu Tayangan : Sabtu, 30 Mac 2019, 9:30 malam
Saluran Tayangan :TV3


Sinopsis Cerekarama Telapak Waktu 


Mengisahkan tentang seorang pemuda nakal bernama Syafiq, Dia yang terlibat dalam sebuah kemalangan kereta yang terhumban ke dalam gaung telah disahkan koma. Malangnya kejadian berlaku ketika dia pulang dari disko.

Jam dalam Cerekarama Telapak Waktu

Nak tahu apa yang jadi pada Syafiq selepas itu? Kenapa dia dapat Jam ajaib dari seorang perempuan ? Siapa dia ? kalau nak tahu, kenalah tengok cerekarama Telapak Waktu di TV3 malam ini.


Previous Post Next Post