PERATURAN ISLAM HANYA UNTUK ORANG ISLAM SAHAJA

Hai ! lama ubai tak tulis berkaitan isu semasa dekat blog ni. mulanya rasa macam nak tulis dekat facebook ja, tapi ubai rasa macam panjang sangat pula kalau tulis dekat sana, jadi saya ambil keputusan untuk tulis di blog ni.

Isu yang berlegar hari ini banyak berkisar mengenai Islam.

Semakin hari semakin ramai yang ambil peluang untuk hentam Islam di negara kita ini dengan alasan Malaysia Baru.

Baik, kali ini saya nak cuba bagi penerangan supaya kita faham isu yang berlaku dan dapat mengelak dari membuat fitnah terhadap Islam itu sendiri.

PERATURAN ISLAM HANYA UNTUK ORANG ISLAM SAHAJA

ISU PEMAKAIAN PRAMUGARI YANG TENGAH VIRAL


Pertamanya, Di Malaysia apabila diminta untuk membuat satu etika atau peraturan Islam bermaksud ia hanya untuk orang Islam di Malaysia sahaja.

Yang bukan Islam, tak akan dikenakan peraturan tersebut kepada mereka.

Sebagai contoh etika pemakaian muslimah untuk pramugari,
ramai orang yang bukan islam membantah etika ini dengan alasan kebebasan untuk wanita berpakaian.

dari isu ini, kita semua kena faham. 

1. Etika pemakaian muslimah ini hanya untuk orang Islam Sahaja.

2. Orang bukan Islam tak terikat dengan peraturan ini.

3. Orang bukan Islam kena faham, etika pemakaian ini adalah hal agama Islam. Setiap penganutnya wajib untuk mengikut garis panduan yang telah ditetapkan di dalam agama.

Sekarang, persoalan pertama, adakah anda faham 3 point di atas ?

jika anda faham, sekarang ini satu persoalan lagi kepada anda.

kenapa anda membantah etika ini? 
sedangkan ia tiada kena mengena dengan anda.

saya harap anda faham mengenai perkara ini.

Kita buka minda kita untuk terima maklumat ini sebagai satu info dan ilmu baru, bukan mencari salah orang lain.

konklusi : Etika berkaitan Islam hanya akan dipratikkan kepada orang Islam sahaja.

Yang kedua, kepada ORANG ISLAM yang menyokong untuk hak kebebasan pakaian untuk wanita. 

Sedarkah anda mengenai hukum hakam yang ada dalam Islam?

Dalam Islam telah digariskan panduan pemakaian untuk penganut agama Islam.

Hukum menutup aurat itu adalah WAJIB bagi lelaki dan perempuan seperti mana yang dah ditetapkan di dalam al-quran dan Assunah.

Patuhilah peraturan yang telah ditetapkan. Kelak di akhirat nanti kita akan dipersoalkan mengenai apa yang kita lakukan.

kenapa pula anda perlu lawan peraturan ALLAH kepada kita?

adakah anda mahu lawan dengan Tuhan?

kebebasan bagi orang Islam adalah melakukan sesuatu perkara berdasarkan apa yang telah di tetapkan oleh Allah DAN Tidak melanggar peraturan yang telah ditetapkan. 

Bagi saya,
Mereka yang bawa isu ini sememangnya mempunyai satu fikiran yang sangat baik.

kenapa saya kata demikian ?

1. Dengan adanya peraturan ini, kita telah memudahkan urusan wanita-wanita islam dalam memastikan mereka menjaga Aurat mereka dengan sempurna walau dalam apa jua pekerjaan yang mereka lakukan.

2. Membuka ruang untuk wanita Islam yang lain untuk mencuba bahagian penerbangan terutamanya sebagai pramugari.

3. Memudahkan urusan akhirat kita semua nanti.

4. Mereka hanya mahu pastikan agama Islam tertegak di bumi Malaysia ini.

5. Dengan adanya etika pemakaian muslimah untuk pramugari ini akan membantu untuk sektor-sektor lain dalam kerajaan mahupun swasta menunaikan etika ini di masa hadapan.

Banyak benda positif yang kita boleh ambil dari isu yang berlaku ini.

TETAPI !

Saya hairan apabila anda membantah usaha murni mereka yang membawa Islam ini dalam masyarakat kita.

kalau yang membantah itu orang bukan Islam, mungkin mereka tak tahu.

Ini tidak,
Orang Islam sendiri yang bantah mengenai isu ini.

hairan , 
mungkin anda kurang faham bagaimana Islam itu datang sebagai rahmat kepada sekian alam.

Saya rasa,
mungkin kerana yang bawa isu ini adalah Parti Islam Semalaysia (PAS).

Mungkin anda sudah tak boleh terima apa yang PAS bawa walaupun benda yang dibawa itu baik dan menguntungkan anda.

Sedarlah dan fahamlah apa yang dibawa bukan orang yang membawa isu ini.


Hukum tetap hukum.
Haram tetap haram
Halal tetap Halal.


benda ini akan terus diterangkan kepada masyarakat sehinggalah kita semua faham mengenai hukum yang sebenar.

Ayuh, benda baik mengenai kesejahteraan Islam kita perlu sokong supaya urusan akhirat kita dipermudahkan. 

Untuk anda yang bukan Islam, jangan risau. Islam ini agama rahmah.
Kami tak ganggu ucapara atau amalan agama anda.

kami juga harap anda menghormati agama kami.
kami hanya melakukan apa yang diperintahkan oleh Tuhan kami.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua.

terima kasih kerana sudi baca dan harapnya anda faham apa yang saya cuba sampaikan di sini.

Previous Post Next Post