Jerebu Melanda Pulau Pinang Lagi

Jerebu Melanda Pulau Pinang Lagi - Hai, Sejak semalam kalau korang ada dekat Pulau Pinang, mesti akan ada masalah penglihatan sikit. sebenarnya teruk juga lah. errmm..

Masalah penglihatan ni disebabkan oleh jerebu yang melanda negeri Pulau Pinang. Itu pun lepas aku baca berita. hehe kalau tak memang aku ingat hari mendung dan nak hujan lah. hehe

Jerebu Melanda Pulau Pinang Lagi

Kadar penglihatan jarak jauh pun kurang elok berbanding sebelum ini. Dekat bawah ni ada perbandingan sebelum jerebu dan selepas jerebu.



Jerebu Melanda Pulau Pinang Lagi

**gambar sumber : Penang Kini

Orang cakap punca jerebu kali ni disebabkan cuaca panas dan juga pembakaran terbuka...
setiap tahun kita mesti kena hadap benda ni kan..

Sedih juga bila tengok orang yang sakit pernafasan nak kena hadap benda ni.
kalau jerebu disebabkan oleh tangan-tangan kita, amat malang sungguh kerana kita telah melakukan kerosakan di muka bumi ini.

TIPS SEWAKTU JEREBU .


Bagi yang ada masalah kesihatan, pastikan anda duduk dalam rumah dalam keadaan baik.
Kalau nak keluar rumah pun, pakailah topeng (mask) menutup hidung.

Sekurang-kurangnya anda dapat mengurangkan risiko penyakit itu merebak.

Bagi yang sihat, pastikan anda pakai mask di luar rumah bagi mengelakkan anda terkena penyakit.

Lagi satu, banyakkan minum air tau !

Stay safe ya semua.

Agak-agak, bila akan habis jerebu nikan. kita doa agar hujan turun untuk hilangkan jerebu ni. :)
aamiin .

Previous Post Next Post