Type something and hit enter

author photo
By On
Hai ! Aku sebenarnya kurang layan drama melayu, tapi drama petang-petang tu aku layan jugalah sikit-sikit sebab dah petangkan. jadi sambil-sambil rehat, sambil layan . Terbaru ni ada drama ' jangan benci cintaku ' . antara barisan pelakon jangan benci cintaku ini adalah Zahirah Macwilson, Niena Baharun, Saharul Ridzwan dan juga Luqman Hafidz .

Mula-mula, aku tak layan drama ni. sebab aku ingat jalan cerita dia tak best. Tapi lepas family aku dok layan, aku pun terlayan juga lah. ahaha Sinopsis drama ini adalah berkisar mengenai sepasang suami isteri yang berkahwin namun terpaksa berpisah jauh.

Tapi itu bukan masalah bagi mereka, tapi yang masalah adalah apabila ada orang ketiga cuba untuk merampas mereka dari pasangan mereka. Shah dan Fika disatukan oleh keluarga mereka. selepas itu, fika terpaksa tinggal di luar negara kerana dia nak sambung belajar.

Jangan Benci Cintaku


Pada masa yang sama sepupu fika, si irwan ni nak sangat dengan fika. Dia yang cucuk fika supaya tinggalkan shah. Irwan ni pula, cuba bergabung dengan husna, seorang kenalan shah untuk menggoda shah agar meninggalkan Fika.

maka berlakulah perang psikologi diantara mereka.

Kekal dengan pasangan sendiri atau cari pasangan baru.
Semakin hari semakin teruk si husna ni dok goda shah.

aku tengok pun stress,
padahal Shah tu laki orang kot !

Si Irwan ini pun sama,
Fika itu isteri orang, kenapa sibuk nak kejar lagi .

Move on Guys !

Bila dah makin banyakkonflik termasuk juga dengan nenek Shah yang tidak suka kan Fika. Makin mudah untuk Husna masuk dalam hidup Shah.

Anda nak tahu apa yang terjadi kepada Fika dan Shah ?

itu, kita kena tunggu cerita ni sampai habis lah. hehehe
aku pun tak tau pengakhiran dia macam mana.

Watak yang di benci bagi aku adalah Husna dan Irwan.
Tapi aku suka style Irwan. hahaha

nampak macam Psiko ja kan dia dok plan nak hancurkan rumah tangga Fika dan Shah.
Sebelum ni, Daler pernah berlakon dalam Titian Cinta kan. dalam cerita tu pun dia bawa watak lebih kurang dalam cerita ni.

memang seronok tengok daler yusuf sekarang ni kan.

Jangan Benci Cintaku : Stress Layan Pelakon Drama ni

**Antara komen berkaitan drama ini, fuhh meletop terus penonton bila layan cerita ni. hehehe

Bagi anda yang terlepas episod-episod sebelum ini, anda boleh lah layan dekat online..
mesti ada punya lah.

Jangan stress-stress layan drama jangan benci cintaku ini tau. hahaha
sekian .

Click to comment