Waktu Paling Mustajab Doa di Dalam Bulan Puasa

Waktu Paling Mustajab Doa Dalam Bulan Puasa. Sekarang ini kita dah masuk bulan ramadhan. salah satu aktiviti atau amalan yang baik untuk dilakukan adalah dengan memperbanyakkan doa. Ini disebabkan ada waktu-waktu tertentu yang dikategorikan sebagai waktu mustajab atau waktu makbul doa. jadi memang ramai yang akan rebut peluang ini memandangkan kita di dalam bulan mulia ni.

Bilakah Waktu Mustajab Doa dalam Bulan Puasa ?


Waktu Paling Mustajab Doa Dalam Bulan Puasa

Rasulullah pernah menjelaskan mengenai waktu mustajab doa dalam bulan puasa ini, baginda bersabda :

”Ada tiga doa yang tidak tertolak. Doanya orang yang berpuasa ketika berbuka, doanya pemimpin yang adil, dan doanya orang yang terzalimi. "

Jawapannya sangat mudah iaitu ketika waktu hampir berbuka puasa. waktu ini adalah waktu dimana kita akan terleka kerana sibuk menyediakan juadah berbuka puasa. masa ini jugalah kita akan sibuk nak tengok waktu berbuka. masa ini juga kita akan sibuk menonton drama dan sebagainya.

jadi sekarang ini dan seterusnya, gunakanlah masa sebelum berbuka puasa untuk bawa anak-anak dan keluarga kita supaya dapat sama-sama berdoa. Doa sahaja apa yang anda nak doa , insyaallah akan dimakbulkan.

" Alhamdulillah page kami sudah memiliki 2.7k followers. Moohon seminit untuk like page kami yang sarat dengan INFO MENARIK untuk anda. Klik sini "

Adab dalam berdoa pada waktu Mustajab berdoa .


1. Mengangkat atau menadah tangan ketika berdoa.
2. Memulakan doa dengan memuji-muji Allah dan Rasulullah.
3. Tidak tergesa-gesa.
4. Yakin dengan doa kita.
5. Gunakan bahasa yang kita faham.
6. ikhlaskan hati ketika berdoa.

Jom kita gunakan peluang yang ada dalam bulan ramadhan ini untuk kita perbanyakkan amalan kita. yang mana kurang, kita tampung. yang mana tertinggal, kita ganti dengan sempurna. Salah satu cara kita memuliakan bulan ramadhan adalah dengan melakukan amalan-amalan baik sepanjang bulan ini.

Selain itu, peranan kita untuk menyampaikan kebaikkan juga digalakkan. jadi jom kita kongsikan panduan mengenai waktu mustajab dalam bulan puasa ini dengan rakan-rakan serta ahli keluarga kita yang lain. semoga dengan amal kita yang sedikit ini dapat ganjaran yang besar di sisi Allah di akhirat nanti.

Previous Post Next Post