Type something and hit enter

author photo
By On
Hari mengundi akan berlangsung tidak lama lagi, jadi apa yang perlu dilakukan ketika hari mengundi tersebut? ini soalan yang selalu ditanya oleh pengundi yang baru dan mengundi kali pertama. ada juga yang tanya, bagaimana proses pengundian berlangsung. hehehe ..

jangan risau, jawapan mengenai soalan anda ini ada di bawah. Pada Hari mengundi, anda di kehendaki mematuhi arahan pihak berkuasa yang bertugas untuk memastikan kelancaran proses pengundian.

ramai yang tak tahu nak buat apa bila nak mengundi nanti. kena beratur dekat luar ke atau dekat dalam.. ada yang tanya, nak mengundi nanti macam mana dan dekat mana ? haha untuk pengetahuan anda yang belum buat semakan, sekarang ini anda sudah boleh buat semakan tempat mengundi anda termasuk parlimen dan DUN yang anda akan undi nanti.

Perkara Yang Perlu Dilakukan Ketika Di Pusat Pengundian
perkara dilakukan ketika di pusat pengundian


cepat buat semakan tau !
nanti terlepas pula..

Perkara Yang Perlu Dilakukan Ketika Di Pusat Pengundian


Jawapan untuk yang tak tahu apa yang perlu dilakukan ketika mengundi adalah

👉pertama sekali sebelum pergi ke pusat pengundian, pastikan anda membawa kad pengenalan anda.

ingat !
kalau anda tak bawa kad pengenalan/ ic , anda tidak dibenarkan untuk masuk dan mengundi .

anda dikehendaki beratur dan menunggu giliran sebelum boleh mengundi.

👉  yang kedua selepas itu adalah anda akan berjumpa dengan kerani dalam dewan atau bilik pengundian. dekat sini anda akan buat 3 perkara,

1 - Semak Number I/C
2 - Celup Dakwat kekal * tanda anda sudah mengundi .
3 - Penyerahan kertas undi !

👉  Yang Ketiga , anda pergi ke Petak Undi dan tandakan pangkah pada kertas undi.

👉  Yang Keempat, selesai pangkah, anda bergerak ke kotak undi dan masukkan kertas undi anda mengikut label yang ditetapkan sama ada parlimen atau Dun .

👉  Yang ke lima, cari pintu keluar dan balik rumah masing-masing. hehehe

Selesai sudah 5 langkah ketika berada di pusat pengundian yang anda kena fahamkan betul-betul. kalau tidak, buat malu jer nanti .

harap gambar rajah situasi di pusat mengundi ini membantu anda faham bagaimana proses pengundian itu berlangsung..


situasi hari mengundi


Tips Semasa di Pusat Pengundian ..

Selain dari perkara yang perlu anda lakukan ketika di pusat pengundian, anda juga perlu ambil tahu beberapa perkara lain.

antaranya adalah :-

1. Pastikan datang awal .
2. Bawa kad pengenalan.
3. Abaikan Provokasi sama ada parti memerintah atau pembangkang.
4. Berpakaian kemas .
5. Beri laluan kepada yang memerlukan jika ada .

selebihnya pastikan anda berada dalam keadaan selamat termasuklah orang yang disekeliling anda. insyaallah, semua urusan anda akan dipermudahkan .

anda jangan risau jika ada sebarang masalah di pusat pengundian,

aku yakin ramai yang akan membantu anda di sana.
jangan risau tau.

Silakan share artikel ini jika bermanfaat .

Sekian ..


2 comments

avatar

macam tak sabar plak nak mengundi... lagi tak sabar nak tahu keputusan

avatar

Hai singgah blogwalking sini...info yang sangat berguna bagi sha yang baru 1st time nak mengundi ni ^_^

Click to comment