Type something and hit enter

author photo
By On
Hai korang, lama juga aku tak tulis pasal tempat makan popular di Pulau Pinang kan.
Jadi entri kali ini , aku cerita pasal mee udang ayu yang sangat terkenal di penang ni.

Baru-baru ni , aku bawa kawan mak aku ke restoran ayu mee udang ni. kebetulan kawan mak aku ni jarang datang ke pulau pinang, jadi kami pun nak bagi dia rasa mee udang sedap ni kan.

alhamdulillah, masa aku pergi, tak berapa ramai sangat walaupun hari sabtu.
Mungkin sebab hujan. jadi tak ramai lah yang datang makan.

Ayu Mee Udang, Teluk Kumbar, Pulau Pinang
sedapnya mee udang ayu ni
gambar sumber : Page Mee Udang Ayu

Untuk pengetahuan anda, sebenarnya Pulau Pinang memang terkenal dengan mee udang selain daripada durian yang anda tau kan.

Sedap ke mee udang ayu ni ?


aku bukan lah penggemar mee udang, jadi aku agak susah nak buat review. hehe
tetapi aku hanya kongsikan review dari mak aku yang suka sangat dengan mee udang ni ya.

Katanya, mee udang ayu ni masih mengekalkan rasanya sejak dari dulu lagi. Memang sedap dan rugi kalau anda tak cuba.

Harga mee udang yang di jual di sini adalah RM 17.00 untuk satu pinggan. Mahal ke ? tak lah bagi aku sebabnya udang yang diberikan dalam menu tersebut memang besar-besar belaka.

memang bila makan tu, rasa kenyang habis lah.

aku yang tak makan banyak mee udang pun jadi suka dengan mee udang tu. hehe

Kuah dia pun sedap. tak terlalu pedas atau manis. memang sesuai untuk dibuat kuah mee udang.
sebelum ni kalau makan mee udang dekat tempat lain, mesti kuah yang akan merosakkan selera makan aku .

ada yang pedas sangat lah,
cair sangat lah.

ada yang manis weh.

haha .. macam-macam kan rasa bila kita yang rajin cuba kedai yang berbeza ni. tapi kalau anda makan dekat Mee Ayu ni. mesti tak akan balik dengan kekecewaan.

antara menu lain yang ada di kedai ini adalah

👉 Nasi Goreng, Mee Kuah dan lain-lain .

Lokasi terletaknya restoran mee udang ayu ini adalah di teluk kumbar, pulau pinang. kalau anda nak ke balik pulau, anda akan melalui teluk kumbar dahulu. anda boleh rujuk alamat di bawah ini .

Restoran Ayu Mee Udang.
936B , Lengkok Kg Masjid Satu,
Teluk Kumbar, Pulau Pinang.
Tel : 04-6493881
H/p: 012-4652823

pastikan , kalau jalan-jalan dekat pulau pinang. anda cuba makan mee udang ayu ni tau ! rugi kalau tak cuba. hehe

Sekian .

Jom komen dibawah

Comments
0 Comments

Click to comment