Type something and hit enter

author photo
By On
Cara Mengatasi Kemurungan Dengan Mudah Dan Berkesan. Assalamualaikum, korang sihat ke tidak tu ? hehehe aku lak yang dok rasa nak demam ni. doakan aku ya. Aku nak cerita dengan korang pasal berita yang viral baru-baru ini mengenai artis korea yang mati bunuh diri tu. korang ada baca tak ? artis korea bernama Jonghyun. dia juga merupakan anggota kumpulan SHINee.

Aku tak mau cakap pasal peminat-peminat yang meratapi kematian dia. tapi aku rasa nak cerita pasal cara untuk kita atasi kemurungan (depression ) bila kita tengah mengalaminya .

Cara Mengatasi Kemurungan



CARA ATASI KEMURUNGAN


Ada banyak cara untuk kita mengelak dari kemurungan ni cumanya kita kena sesuaikan dengan diri kita.

lain orang , lain caranya .

# 1 . Belajar Untuk Terima Hakikat .

Terima hakikat yang kita ada kekurangan. kemudian azam dalam diri untuk berubah menjadi lebih baik.

# 2 . Fikir Positif.

Setiap manusia ada masalah yang kena hadapi. yang membezakan kita adalah bagaimana kita handle masalah tu. ramai orang keluar dari masalah bila diorang mula berfikir positif dengan melihat peluang yang terbuka luas di depan mata.

mungkin ada yang sakit hati dengan orang lain, jom baca' Cara atasi sakit hati ' yang aku pernah tulis sebelum ni .

# 3 .  Dekatkan diri dengan Tuhan .

Cara mengatasi kemurungan dalam islam pasti akan terkait dengan hubungan dengan Allah. kita tak kuat, Allah maha kuat. apa yang ada didunia ni milik Dia. jadi kalau rasa depression , kita dekatkan diri dengan Allah.

Islam Melarang Ummatnya Membunuh Diri !!

# 4 . Jumpa Doktor .

Kita tak tahu tahap kemurungan kita ni sampai tahap mana. dah teruk ke, masih pertengahan atau sebagainya. jadi kita kena jumpa doktor. diorang akan cadangkan dekat kita cara untuk kita atasi masalah kita tu.

jumpa doktor untuk atasi kemurungan

Adakala doktor bagi ubat , kadang-kadang lebih kepada sesi kaunseling atau apa yang sesuai dengan tahap kita .

# 5 . Rehat .

Ambil masa untuk rehat dan tenangkan fikiran. insyaallah akan lebih menenangkan hati kita .

# 6 . Jaga Permakanan.

Cara nak elakkan kemurungan dengan menjaga permakanan kita. dapatkan nasihat doktor untuk permakanan yang seimbang. kalau korang ada makanan kegemaran, carilah makanan tu. mungkin akan dapat membuatkan korang rasa tenang dari tekanan perasaan kan.

# 7 . Bersukan.

Tarik nafas dalam-dalam dan hembus. buat 3 kali insyaallah otak dan badan akan rileks dan menyenangkan.

# 8 . Luah Perasaan.

Cari orang yang boleh dengar masalah korang. yang boleh sokong korang dan bagi cadangan untuk atasi masalah korang.

Masalah kemurungan selalu berpunca daripada kita memendam perasaan dendam dalam hati kita. 

stress dan murung


Kita marah, tapi kita simpan dalam hati.
Kita tak suka, tapi kita pendam.

Lama-lama benda tu jadi keledak dalam hati kita.
lepas tu jadi barah dan dendam.

Bila dah terlalu banyak benda negatif, akhirnya kita akan cuba mengasingkan diri dari orang lain. dan akhirnya kita akan menjadi sedih dan mengalami kemurungan yang agak parah.

cemburu, salah satu faktor menyebabkan kita stress. jangan cemburu dengan rezeki orang sebab rezeki kita ni lain-lain tau .

Kesimpulan .

Masalah kemurungan ini bermula dari benda negatif yang kita alami setiap hari. kita tak fikir benda tu sebagai benda serius, akhirnya menyebabkan kita rasa nak bunuh diri, rasa nak lari jauh-jauh dari orang dan sebagainya.

Atasilah kemurungan dan depression ni dengan cara terbaik untuk mengelakkan kita buat benda-benda yang tak sepatutnya. aku harap tips yang aku kongsikan dekat atas ni membantu kita semua untuk selesaikan masalah ni .

Jumpa doktor atau kaunseling secepat mungkin untuk bantu korang cari solusi mengenai tekanan korang tu ya.

Jom komen dibawah

Comments
2 Comments

2 comments

avatar

banyak orang yang terlalu depress skrg. Semoga kita dijuahkan dari penyakit berbahaya ni.

avatar

Banyaknya kes bunuh diri akibat kemurungan ni kan, Nauzubillah semoga dijauhkan dari kita yang beragama Islam ni

Click to comment