Senarai Peserta Gegar Vaganza 4 ( 2017 )


Senarai Peserta Gegar Vaganza 4 ( 2017 )
Senarai Peserta Gegar Vaganza 4 ( 2017 )

Hai korang, hari ni aku baca yang Gegar Vaganza 4 akan bermula tak lama lagi. Tahun 2017 ni ada kelainan sikit katanya. nama peserta - peserta pun dah keluar dah. Seriuslah. macam tak percaya kan tapi itulah realiti.haha dah macam akademi fantasia dah kan. rancangan ini yang pada mulanya sekadar percubaan namun mendapat tempat dalam kalangan rakyat malaysia.



sebab itu rancangan gegar vaganza ni di kekalkan sehingga masuk musim ke 4 tahun ni. Musim lepas, Azharina yang memenangi pertandingan ggv 3. Musim sebelumnya, Siti Nordiana menang yang menggegarkan malaysia tu. sejak dari tu orang sebut-sebut jer pasal GGV ni. kali ini astro buat kelainan sikit, dia bagi klu menerusi video tangan.

Siapa peserta GGV 4 ? haaa jom baca senarai peserta gegar vaganza 4 di bawah. dengar cerita ada penyanyi terkenal join juga ni.

Senarai Peserta Gegar Vaganza 4 ( 2017 )


' klu ' peserta GEGAR VAGANZA 4 ada di sebutkan dalam video terebut. kalau korang perasan dekat facebook Astro gempak ada di tunjukkan sedutan video tangan menyanyi lagu-lagu terkenal zaman dulu yang aku maksudkan tu .

antara peserta lelaki yang terlibat musim ini adalah Aqasha , Lan Kristal, Hazami  dan Tia Jinbara. Dua penyanyi lelaki dari Indonesia dan Singapura juga akan menyertai kita iaitu Ferhad dan juga Firman .


Senarai Peserta Gegar Vaganza 4 ( 2017 )
Senarai Peserta Gegar Vaganza 4 ( 2017 )

Senarai Peserta Gegar Vaganza 4 ( 2017 )
Senarai Peserta Gegar Vaganza 4 ( 2017 )

penyanyi wanita yang terlibat sebagai peserta antaranya adalah Aishah, Liza Hanim, Elyana, Syura, Haida dan Raja Azura. Mesti ramai yang nak tengok Aishah dan Liza hanim kan. itulah ramai juga yang tanya , kenapa Aishah masuk bertanding sedangkan dia dah level Syarifah Aini dan seangkatannya kan.

Senarai Peserta Gegar Vaganza 4 ( 2017 )
Senarai Peserta Gegar Vaganza 4 ( 2017 )
Gambar sumber : Oh Selebriti

Mungkin ada sebabnya tu. nanti kita tanya dia. hehe Macam biasa juri tetap gegar vaganza 4 akan ada iaitu Tok ram Dato Ramli MS tetapi dato Kathy tak di sebutkan pula. rasanya mesti ada tu kan. Musim baru ini akan bermula pada 29 oktober 2017 ini di Astro Ria dan Ria HD .

Oh ya, pengacara masih di kekalkan iaitu Jihan Musa dan Nabil Ahmad. kedua-dua mereka dah 4 tahun mengacara gegar vaganza ni tau. tak ceria kalau depa dua ni tak ada. hehehe

Senarai Peserta Tersingkir 

Minggu Pertama  :
Minggu Kedua :
Minggu Ketiga :

Lagu peserta gegar vaganza 4

**akan di update kemudian

Agak-agaknya macam mana persembahan mingguan mereka untuk musim ini kan. tak sabar dah ni. hehehe jom kongsikan Senarai Peserta Gegar Vaganza 4 ini dengan peminat-peminat gegar vaganza di luar sana. bagitau diorang yang hujung bulan ni dah start dah GGV4 .

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.