Drama Mr Hijab Lakonan Sharnaaz dan Nabila Huda

Assalamualaikum, korang sihat ke ? hari ni ada drama baru yang korang boleh tengok lepas korang balik kerja nanti. drama Mr hijab yang akan mula tayangan hari ini. senarai pelakon drama ni pun dah keluar tau.

Yang bestnya pasal drama ini, korang dapat menonton sharnaaz ahmad beraksi di dalam cerita ini. aksi dia melilit tudung katanya. hehe sebelum ni, drama ahli mesyuarat tingkap yang di ulang tayang pada jam 6.30 petang tapi dah habis dah tayangan dia.

" Abang pun reti lilit tudung tau " - Rem

kiranya lepas ni, drama Mr Hijab akan ambil alih slot tersebut. Drama baru ni mesti akan menarik perhatian ramai kerana gelagat pelakon yang ada dalam drama ini . Drama arahan zafizam zahir ini akan berjaya mencuit hati anda.


Drama Mr Hijab Lakonan Sharnaaz dan Nabila Huda
Drama Mr Hijab Lakonan Sharnaaz dan Nabila Huda

Drama Mr Hijab Lakonan Sharnaaz dan Nabila Huda



Selain dari Sharnaaz , Nabila huda iaitu anak kepada amy search juga merupakan pelakon utama dalam drama Mr Hijab ini. Antara pelakon lain seperti Hafiz hamidun, Didie Alias, Wan Sharmila, Shiqin Kamal dan ramai lagi.

Pertama kali kita tengok Hafiz Hamidun berlakon dalam drama kan. hehe teruja pula nak tengok lakonana dia. walaupun sekarang ni kontroversi melibatkan dia tapi rezeki dia tetap murah. semoga allah permudahkan urusan dia.

Korang mesti nak tahu sinopsis drama mr hijab ni kan. aku cerita secara umum sahaja untuk memudahkan korang faham jalan cerita dia. Sebelum tu, meh aku kongsikan watak-watak dalam drama ni .

Watak Sharnaaz adalah sebagai Rem , Kemudian Fazira merupakan watak lakonan Nabila Huda , Didie alias pula sebagai datin lela, Wan Sharmila sebagai Luna seorang artis terkenal dan Bienda adalah watak lakonan Shikin Kamal .

sekarang barulah senang korang nak faham jalan cerita dia kan.

Sinopsis drama Mr hijab ini adalah merupakan kisah seorang usahawan wanita bernama fariza yang juga merupakan seorang model. Selepas dia berkahwin dengan ustaz Syamiel lakonan Hafiz Hamidun, dia membuka butik jual tudung. di kedainya ada REM , rem sentiasa menjadi perhatian ramai kerana dia bijak menggayakan tudung yang ada di butik berkenaan.

Di sebabkan Fariza ini seorang yang terkenal, ramai yang menawarkan diri untuk jadi vendor kepada butik dia. fariza pula anggap ini sebagai satu peluang untuk dia meningkatkan perniagaan dia. 

Datin lela, Luna dan juga Bienda , mereka ini begitu serius nak jadi vendor kepada butik fariza. tetapi masalah datin lela dan bienda adalah mereka saling bergaduh walaupun pasal hal kecil sahaja. jadi mampukah fariza menangani masalah ini. pening kepala jadinya .

atau akan berlaku kekalutan dalam drama MR HIJAB ini? adakah fariza mampu meningkatkan bisnes tudung dia selepas itu ? korang kena saksikan di tv 3 mulai 17 oktober ini.


Drama Mr Hijab Lakonan Sharnaaz dan Nabila Huda


Waktu siaran untuk drama melayu ini adalah pada jam 6.30 petang setiap hari isnin hingga khamis sahaja. jadi, lepas korang balik dari kerja, korang kena terpacak dah depan tv untuk tengok drama ni. hehe lepas tu ada drama titian cinta pula. ingat ya, tolong solat maghrib dulu ya. hehehe

Previous Post Next Post