Senarai Peserta Keseluruhan AF Megastar 2017

Senarai Peserta Keseluruhan AF Megastar 2017. Korang masih ingat kenangan dengan Akademi Fantasia dahulu ? ada yang last tengok rancangan ni masa AF5 mungkin ada yang lebih awal dari itu. Macam aku, kali terakhir aku tengok Akademi Fantasia ni masa AF 5 . lepas tu aku tengok-tengok macam tu jer sebab dah bosan.


Senarai Peserta Keseluruhan AF Megastar 2017
Senarai Peserta Keseluruhan AF Megastar 2017


Betul,rancangan realiti ni kalau kita tengok banyak kali akan menyebabkan kita mudah bosan. tapi aku tak tau korang macam mana kan. hehe aku cepat bosan, melainkan kalau ada benda baru dan best dalam rancangan tersebut.

Sebut pasal AF Megastar 2017 , korang tahu rancangan ini merupakan hasil usaha untuk mengumpulkan semula bekas bintang-bintang akademi fantasia terdahulu untuk kembali beraksi di atas satu pentas. Selain tu, ia bertujuan untuk melariskan mereka kembali dalam pasaran seni tanah air.

Senarai Peserta Keseluruhan AF Megastar 2017


Bila kita tengok semua peserta, ada yang akan cakap, aku rindu lah dengan dia , lama tak dengar dan sebagainya. ia juga salah satu cara untuk mengubat rindu kita kepada bekas peserta-peserta Akademi Fantasia yang pernah menghiburkan kita sebelum ini.

Berikut merupakan peserta yang bertanding dalam AF Megastar 2017.

Bekas Juara AF yang turut bersaing :

Zahid (AF2)
Faizal Ramly (AF4)
Mila Jirin (AF5)
Shahir (AF8)
Faizul Sany (AF2013)
Firman (AF 2014)
Sufi Rashid (AF2015)
Amir (AF2016).

Peserta Lain :

Rosma (AF1)
Bob (AF2)
Adam (AF2)
Anding (AF2)
Marsha Milan (AF3)
Amylea (AF3)
Idayu (AF3)
Nubhan (AF6)
Aril Pilus (AF7)
Adira (AF8)
Amir Jahari (AF9)
Azhar (AF2013)
Indah Ruhaila (AF2013)
Ewal (AF2014)
Syamel (AF2015)
Ara (AF2016)


Senarai Peserta Keseluruhan AF Megastar 2017
Senarai Peserta Keseluruhan AF Megastar 2017

Mereka sudah selesai persembaan pertama mereka pada semalam, untuk pengetahuan korang AF Megastart 2017 ini akan bersiaran secara langsung pada setiap hari ahad jam 9 malam. Konsert pertama mereka bermula pada 3 September 2017.

Semalam, masa konsert pertama tu, aku sempat tengok beberapa peserta yang membuat persembahan sahaja, sebabnya aku kan baru balik dari raya di tempat orang. jadi dengan menghadap jem walaupun aku tak bawa kereta. hehe letih sangat sampai tak sempat nak tengok bagi habis. anway aku still suka suara Mila dalam AF Megastar 2017 . hehe tak berubah langsung mungkin kena polish sikit jer nanti sedap lah tu.

Untuk Pengacara AF Megastar, Pak Nil diberi tugas untuk mengembalikan nostalgia Akademi Fantasia yang lalu sebagai pengacara. Memang teringat habis lah dulu-dulu masih kecik lagi time tu tengok paknil di atas pentas hehe

Bagi juri pula dibarisi oleh Syafinaz, Dato Ramli MS dan Ziana Zain yang akan memberi komentar terhadap persembahan peserta dalam AF Megastar kali ini.

Korang yang dah tengok AF Megastar 2017, korang sokong Team mana ? hehe jom komen di bawah tau.

Previous Post Next Post