Sambut Raya Haji di Tempat Orang

4 September 2017

Sambut Raya Haji di Tempat Orang
Sambut Raya Haji di Tempat Orang

Assalamualaikum, selamat hari raya haji buat semua pembaca blog aku ni. Mungkin ada yang tak tau, kali ni aku raya di tempat orang. hehe sebabnya aku bercuti di Cherating, Pahang. saja jalan-jalan dan dapat cuti panjang jadi kita gunakan dia sebaik mungkin. Nanti dah start kerja susah lak nak cuti ramai-ramai kan.

Mungkin sambutan raya haji tahun ini kurang meriah sebabnya kita bercuti. selalunya ada dekat kampung dan raikan bersama dengan yang lain. kali ini agak suram sebabnya tak da sapa pun yang aku kenal dekat sini melainkan family aku ja. hehe jadi tak rasalah kemeriahan tu kan.

Sambut Raya Haji di Tempat Orang


Bangun pagi ja , jalan-jalan dekat area cherating ni rasa macam tak ada apa-apa. Ya, sebab raya jadi tak nampak kawasan ni sibuk pada awal pagi tu, tapi bila masuk petang , makin meriah dengan ramai orang mula keluar dan berjalan-jalan dengan keluarga masing-masing.

Sebab tu, bagi yang bercadang nak bercuti di tempat orang masa raya, aku cadangkan korang cari hari lain kalau boleh. sebabnya satu korang susah nak jumpa kedai makan yang buka. kalau dekat area cherating pun tak nampak kedai buka.

kami pi makan dekat kemaman, dekat jer dari cherating dalam 15 minit sampai lah. itu pun kami makan dekat stesen bas dekat dengan masjid geliga. ada satu kedai jer yang buka. hehe. lepas tu lepak dekat pantai mak nik . best juga lah .

tapi kosong. hahaha

nanti aku sambung cerita tempat menarik sepanjang 4 hari aku di cherating ya. sekarang aku nak tanya korang , macam mana sambutan raya korang ? best ke tidak, jom komen dekat bawah ni :)


2 ulasan:

  1. Dekat melaka sambutan dia kurang meriah. Xpkai baju raya pun. Tapi masih ada rendag semua.

    BalasPadam
  2. ok la tu ubaid. dari kami ni mereput kat rumah sewa. heheeh

    BalasPadam

Kataubaid© .