Apa yang ada di Pasar Payang, Terengganu ?

Share:
Assalamualaikum. hari ni aku nak sambung cerita pasal aku membeli belah di pasar payang , terengganu.  Kalau tanya orang terengganu, mesti mereka kata yang pasar payang ni merupakan pasar tumpuan penduduk setempat dan juga pelancong luar. Mesti korang tertanya-tanya apa yang ada di pasar payang ni kan.

Entri berkaitan - Ini ke Taman Monumen Terengganu ?

Sebenarnya macam-macam ada di pasar payang ni. Aku mula-mula sampai ke tempat ni pun , aku ingat tempat ni macam pasar basah, jual ikan dan sayur sahaja. tapi rupanya bukan. Salah satu sebab utama dia menjadi tumpuan adalah semua barang keperluan harian korang boleh dapatkan di sini. Harga pun berpatutan.

Apa yang ada di Pasar Payang, Terengganu ?
Apa yang ada di Pasar Payang, Terengganu ? 

Apa yang ada di Pasar Payang, Terengganu ? 


Sebut pasal pasar payang ni, yang buatkan aku teringat mengenai pasar ini adalah beras. hehe macam ni, pasar payang ni boleh di bahagikan kepada beberapa bahagian. ada bahagian pasar basah, pasar kering, ruang makan dan lain-lain.

dari luar memang nampak macam bangunan usang jer, tapi dalam tu macam-macam ada. Boleh di katakan nadi masyarakat setempat.

Kali pertama kami sampai, kami pusing-pusing sahaja. keesokan hari baru kami borong barang-barang dekat sini. aku ingat lagi ayat penjual tu.

" bang, kepok bang ? "

hahaha

lembut jer dia panggil kita suruh beli keropok yang diorang jual. mau tergugat iman. acece tak da lah saja ja aku nak usik orang terengganu. memang lemah lembut diorang ni. ini memang tak di nafikan.

Barang yang di jual di sini pula sebagai contoh baju t-shirt terengganu, kain batik, baju kelawar, cenderahati dan lain-lain. kalau korang nak beli, korang kena naik ke tingkat dua bangunan. dekat situ ada macam-macam barang cenderahati di jual .

kalau nak beli barang makanan pula , contohnya keropok lekor, sos cili terengganu, buah-buahan . korang beli di bahagian bawah. jangan risau korang boleh rasa dulu makanan tu. tapi minta izin dulu tau. keropok ikan pun ada, serunding ayam, daging dan lain-lain pun ada. Oh ya. dodol pun ada tau.

Lagi apa yang ada dekat pasar payang ni eh ?

Ohh lupa, Restoran !

sebenarnya bukan restoran mewah atau restoran baru . ia lebih kepada gerai-gerai biasa yang korang boleh makan dekat situ. kami makan sarapan pagi dekat sini lah. Menu yang ada di sini, nasi lemak, nasi dagang, teh tarik dan lain-lain. lebih kurang tempat aku juga menu dia. cuma nasi kandaq ja tak da. hehe

Gambar Sekitar Pasar Payang Terengganu.


Apa yang ada di Pasar Payang, Terengganu ?
Apa yang ada di Pasar Payang, Terengganu ? 


Apa yang ada di Pasar Payang, Terengganu ?
Apa yang ada di Pasar Payang, Terengganu ? 


Apa yang ada di Pasar Payang, Terengganu ?
Apa yang ada di Pasar Payang, Terengganu ? 


Apa yang ada di Pasar Payang, Terengganu ?
Apa yang ada di Pasar Payang, Terengganu ? 

Cara ke Pasar payang ini adalah korang guna waze atau google maps. type jer pasar payang, nanti dia bawa korang ke sini. korang akan lalu satu jambatan. jambatan tu kalau belah kanan ada taman monumen, pasar payang di bahagian kiri jambatan tu. jambatan apa ? jambatan ke hati awak. hahaha

aku tak ingat nama jambatan tu. tapi kalau dari Th hotel terengganu, korang akan lalu jambatan tersebut.


Kesimpulan.

Aku rasa ini ja yang ada di bangunan pasar payang,terengganu ni. mungkin ada yang aku terlepas pandang, korang komen lah ya dekat bawah ni. Aku suka jalan-jalan dekat sini sebabnya boleh tengok macam mana masyarakat sekitar kawasan ni berinteraksi. saling berkomunikasi dengan baik dan yang penting kita hidup aman dan damai.

Kalau korang nak beli barang, aku cadangkan korang mai dekat pasar payang ni tau. Harga berpatutan dan peniaga dekat sini pun ramah dan mesra dengan senyuman. abang bagi 5 bintang lah cakap luu. hehe

Sekian .

Entri Sebelum - Biodata Farisha Irish Penyanyi Lagu Tak Malu


3 ulasan:

  1. menu mungkin sama tapi rasanya lain, ada try nasi lemak ikan? kalu tak ada try, rugiiiii...tu paling sedap bagi IQ.

    lelaki memang tak rasa ape sangat kalau pergi pasar payang, perempuan yes! sebab situ banyak jual kain batik/sutera/kaftan. ada jugak kedai emas berderet. so, tarikannya lebih kepada nak tarik perempuan.hahahahaha

    BalasPadam
  2. aduh, gindunya lama dop balik kapung nih hihi

    BalasPadam
  3. Suka jengah, shopping kat paasar macam.ni....rasa Malaysia sangat...barang pun best

    BalasPadam