Ini ke Taman Monumen Terengganu ?

6 September 2017

Kalau pergi ke terengganu, tak sah kalau tak singgah di taman monumen terengganu atau Taman Tamadun Islam . Dua nama yang membawa kepada tempat  yang sama iaitu Pulau Wan Man. Aku suka panggil taman tamadun islam. hehe sebab kena dengan kawasan tersebut. aku yakin, ramai dah sampai tempat ni kan. aku pun dah dua kali sampai tempat ni.

cumanya masa kali pertama dulu, aku tak update entri lah . hehe ini baru aku nak tulis . Aku rasa kali pertama dulu tu aku pun tak ada blog lgi. haha maklumlah masih muda dan comel. hehe kalau korang singgah di terengganu, singgah lah dekat sini tau.

Ini ke Taman Monumen Terengganu ?




Taman Monumen atau Taman Tamadun Islam Terengganu
Taman Monumen atau Taman Tamadun Islam Terengganu

Kalau korang tak pernah sampai ke tempat ni, meh aku cerita serba sikit apa yang ada dalam taman monumen atau taman tamadun islam ni. Pertamanya dalam kawasan ini terdapat monumen-monumen masjid yang terkenal dari seluruh dunia.

antaranya adalah Masjidil Haram, Masjidil Aqsa , Masjid Biru, Aya sofia di istanbul dan macam-macam lagi. bila korang melawat di sini, korang akan dapat pengetahuan mengenai masjid-masjid indah ini.

Dalam kawasan ini juga, korang boleh pilih sama ada nak jalan kaki dari satu tempat ke tempat yang lain atau naik trem, naik basikal. basikal pula ada macam-macam jenis. ada yang boleh naik 4 orang dan sebagainya. tapi korang kena bayar lah kan. aku tak ingat harga dia berapa.


Taman Monumen atau Taman Tamadun Islam Terengganu
Taman Monumen atau Taman Tamadun Islam Terengganu


cadangan aku korang jalan jer, memang luas tapi puas hati kalau jalan. itu aku lah , korang tak tahu lah macam mana. tapi kalau ada orang tua, boleh lah naik trem. dia akan singgah di masjid-masjid tertentu dan di beri maklumat mengenai monumen-monumen tersebut.

Harga Tiket Taman Monumen pula seperti berikut :

Taman Monumen atau Taman Tamadun Islam Terengganu
Taman Monumen atau Taman Tamadun Islam Terengganu


Macam aku dan family aku baru ni, kami pakai pakej 2 in 1 . Yang mana pakej ni korang bayar ikut kepala. harga bagi dewasa adalah RM 32.00  dan kanak-kanak RM 22.00 . korang akan dapat tiket untuk dua tempat iaitu Taman Monumen dan juga TTI River Cruise. haa, korang dah jimat beberapa ringgit dah kalau korang pakai pakej ni.

Sebelum masuk Taman Monumen, kami pusing-pusing dulu naik Cruise yang sangat best dan menarik. Lebih best dari Cruise Putrajaya. hahaha tapi cruise putrajaya lawa lagi lah. hehe

Nanti kalau korang nak datang Taman Monumen Terengganu ni, korang tengok harga tiket yang sesuai untuk korang dan keluarga. Bukan apa, kadang-kadang ada perkhidmatan yang bagi kita harga jimat, jadi boleh lah kita simpan duit tu kan . Kena bijak memilih. hehe

korang akan dapat satu passport masa beli tiket ni, kali kedua atau seterusnya korang kena bawa juga passport ni. nanti ada hadiah atau potongan harga kalau tak silap.

Gambar- Gambar Taman Monumen : -


Aku kongsikan sikitlah gambar tempat yang ada dalam Taman Monumen ni. hehe boleh lah layan sikit.

Taman Monumen atau Taman Tamadun Islam Terengganu
Taman Monumen atau Taman Tamadun Islam Terengganu

Taman Monumen atau Taman Tamadun Islam Terengganu
Taman Monumen atau Taman Tamadun Islam Terengganu

Taman Monumen atau Taman Tamadun Islam Terengganu
Taman Monumen atau Taman Tamadun Islam Terengganu


 Secara keseluruhan tempat ni memang SAMA sahaja dan tak ada perubahan berbanding kali pertama aku singgah sini. Serius, benda yang sama aku buat dulu ( kali pertama ) sama dengan kali kedua aku pergi. hehe Mungkin ada yang aku terlepas pandang kot.

Bangunan Taman Monumen ni pun macam tak terjaga. Masih dalam kondusi yang baik tapi macam ada kekurangan. Yang Kedua, Taman ni nampak macam kosong bila bukan musim cuti sekolah. Mungkin lepas ni ada inisiatif untuk membangunkan balik tempat ni di masa-masa akan datang.

Aku harap perkongsian aku mengenai Taman Monumen atau Taman Tamadun Islam Terengganu ini bermanfaat untuk korang. jom share dengan rakan-rakan lain . Mungkin cuti sekolah akan datang, korang boleh singgah sini juga kan.

Entri lain - TH Hotel Terengganu .

2 ulasan:

  1. tempat ni kurang daya tarikan, kena buat event baru best.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kaann.. nmpk mcm hilang seri dia..

      Padam

Kataubaid© .