Pengalaman Beli Portable Aircond Dengan Lazada

16 Ogos 2017

Bulan puasa hari tu, aku ada beli dua portable aircond dengan lazada. Sebab utamanya adalah saja nak try dan kedua memang panas gila masa bulan puasa hari tu. jadinya , mak dan abah aku suruh beli pakai duit depa lah. hahaha tak kan pakai duit aku lak kan. hehe penganggur terhormat ni mana ada duit.

Jom baca pengalaman aku beli portable aircond dengan lazada ni. Aku beli dua jenis aircond. satu sebab beli portable aircond adalah sebab rumah ni rumah sewa, jadi tak berani nak tebuk pakai aircond dinding tu kan . jadi kami buat keputusan untuk beli portable sebab mudah jer. tapi kan ada satu masalah lain yang timbul.

Pengalaman Beli Portable Aircond Dengan Lazada
Pengalaman Beli Portable Aircond Dengan Lazada

Pengalaman Beli Portable Aircond Dengan Lazada


Apa dia ?

Rupanya Portable aircond ni kan ada serombong untuk dia buang udara panas tu. aku ingat dia jenis aircond semata. Masa beli tu ,dia tak mention lak benda tu kan , jadi bila dah beli baru lah tau benda tu. kalau korang nak beli lepas ni hati-hati ya.

Ada jer sebenarnya tutorial macam mana nak guna serombong tu, tapi tak sesuai untuk rumah aku ni jadi terpaksalah buka sliding door dan hala kan serombong tu ke luar.

Kelebihan Portable Aircond ni adalah ?


1. Memang sejuk, aku pakai satu sahaja untuk ruang tamu, dan sampai ke tempat makan boleh rasa angin sejuk dia. aku boleh kata memang puas hati lah beli benda ni.

2. Delivery sampai depan rumah.

3. Ada warranty

Kekurangan lain ?

1. Makan Space . sebab serombong .

2. Bunyi kuat sebab dia punya generator tu.

Bagi yang berminat nak beli portable aircond dengan lazada, korang boleh rujuk pautan di bawah.

dapatkan di sini - Portabale aircond

Kesimpulan,

aku puas hati kalau bab nak bagi sejuk bilik atau ruang tamu. cuma yang paling penting adalah benda ni makan space. korang boleh beli purifier yang tengah promo dekat tv tu kan. tapi aku tk pasti function dia sama macam aircond ke tak . jenama coway ke apa tah.

Sebelum beli, pastikan tak ada serombong sekali tau. hehehe kalau tidak mesti makan space.

Semoga berjaya.

1 ulasan:

  1. dulu pernah beli portable aircond ni, cuma tak berapa function sangat, last2 tersadai, last2 jugak beli yang lekat dnding je la jawabnya

    BalasPadam

Kataubaid© .