Cara Check In Flight AirAsia di Kiosk

Cara Check In Flight AirAsia di Kiosk. Baru ni aku adalah google something pasal nak check in kapal terbang kan. sebabnya aku tak pandai sangat naik flight domestic ni. haha yang aku biasa naik adalah Malaysia airlines jer. Jadi bila nak naik Air asia, aku jadi cuak pulak . yela kan air asia kan ramai yang cakap banyak songeh. jadi aku kenalah berhati-hati . hehe orang kata kaedah ni adalah self check-in flight. jom sambung baca cara check in flight .


Masa cuak tu kan, aku rasa macam tak mau naik ja kapal terbang ni . hahaha yelah entah nervous semacam lak. Disebabkan aku naik dengan family jadi ku gagahkan juga kaki aku untuk pergi check in . Aku pi masa tu beberapa jam sebelum terbang. disebabkan rumah aku dekat dengan airport jadi mudah lah sikit kan.

Cara Check In Flight AirAsia di Kiosk
Cara Check In Flight AirAsia di Kiosk

Cara Check In Flight AirAsia di Kiosk


Cara dia mudah sahaja, korang pergi dekat kiosk air asia , alah mesin yang leper tu yang ada lambang air asia kan. lepas tu korang tekan dekat skrin mesin, dia akan mintak korang isi kan sama ada korang nak scan bar code ataupun korang nak masukkan booking number. aku pilih booking number sebab lebih mudah .

Lepas masukkan booking number, dia akan minta korang sama ada nak reprint boarding pass ataupun pertama kali print boarding pass. Bila korang check in, dia akan printkan boarding past korang. tak yah susah-susah beratur panjang dekat kaunter.

Kemudian, dia akan keluar butiran tiket yang korang dah tempah sebelum ini. korang tick dekat nama-nama yang ada termasuk dalam tempahan tiket yang korang buat sebelum ni. lepas selesai, dia akan tanya sama ada korang nak check in bag ke tak ? maksudnya korang ada beli untuk bawa luggage besar untuk masuk ke perut kapal. kalau tak ada, just klik tak ada. kalau ada, korang klik tick. nanti dia bagi slip untuk letakkan dekat beg korang.

lepas tu korang hanya perlu ke kauter dan drop in beg korang tu jer.

kemudian, lepas dia tanya ada bag ke tidak, dia akan printkan boarding pass melalui mesin itu juga. tunggu sampai boarding pass selesai, korang boleh blah dah lah.

baca juga : Pengalaman Pertama Naik Air Asia

itu jer sebenarnya cara  untuk check in flight air asia di kiosk air asia. aku pun cuak sebab ini kali pertama aku cuba. alhamdulillah selesai juga. korang jangan risau, kalau tak tahu apa , boleh tanya aku atau pun korang pi direct dekat kauter air asia. depa akan tolong korang kay. harap sangat entri ini bermanfaat. terima kasih .


Previous Post Next Post