Resepi Mudah Roti Tuna Ayam Brand

Resepi Mudah Roti Tuna Ayam Brand. Bila nak travel ni kan, makanan macam Roti Tuna Ayam Brand nilah yang selalu menjadi makanan santapan sepanjang perjalanan ke tempat yang di tuju. Aku pernah buat untuk jamuan kelas kot weh. hehe memang tak malu sungguh aku ni . hahaha. Korang dah pernah cuba ke resepi mudah buat roti tuna ni ? Kalau belum, korang ikut langkah-langkah di bawah.


Resepi Mudah Roti Tuna Ayam Brand
Resepi Mudah Roti Tuna Ayam Brand

Resepi Mudah Roti Tuna Ayam Brand


Bahan- Bahan .

1. Roti
2. Tuna Ayam Brand
3. Mayonies
4. Salad * jika perlu.

Cara- cara

1. Potong roti gardinier kepada dua. ini untuk jumlah yang kecil ja. kalau korang nak buat size roti lebih besar, tak yah potong pun tak pa.

2. Masukkan Tuna Ayam Brand ke dalam mangkuk, dan masukkan mayonies dan gaulkan sekali kesemuanya sehingga sebati.

3. Sapu tuna yang dah di gaulkan tu ke atas roti.

4. dan letak satu layer roti kosong atas permukaan tuna tersebut. atau pun korang lipat dua jer roti tersebut.

5. Boleh di sediakan. kalau nak sedap, letak salad dalam roti tu.

Mudah jer kan resepi ROTI TUNA ni kan. korang boleh cuba bila-bila masa yang korang nak. Sesusai dibawa untuk berkelah dan juga travel. Boleh juga bawa untuk bekal anak-anak di sekolah. mesti depa suka.

Entri sebelum - Resepi Mudah Nasi Lemak Ayam Goreng .


2 comments:

  1. Memang menjadi pilihan tiap kali nak buat sandwich...ayam brand the best so far

    ReplyDelete

Powered by Blogger.