Punca Mengapa Kucing Takut Timun

6 Julai 2017

Punca Mengapa Kucing Takut Timun. Baru-baru ni aku ada tengok video kucing takut dengan timun . Kita tengok memang nak tergelak sebab comel jer melompat bagai nak rak padahal timun jer kot kan. Pernah tak korang terfikir sebab apa kucing buat macam tu ?

Atau korang just nak usik kucing korang jer ? just untuk suka-suka jer. info yang aku nak kongsikan ni penting untuk korang yang ada kucing. bila kita tau punca mengapa kucing takut timun ni, barulah kita tahu sama ada nak kacau kucing kita tu lagi atau tak.


 Punca Mengapa Kucing Takut Timun
 Punca Mengapa Kucing Takut Timun 

PUNCA KUCING TAKUT TIMUN 


Sebenarnya ada sebab kenapa kucing melompat bila tengok timun. korang selalu letak timun dekat belakang kucing tu kan. jadi kucing ni dia ada sense untuk berjaga-jaga dari ancaman benda lain. walaupun kita tau yang kucing ni jenis binatang yang garang pada musuh dia.

jadi bila dia tersedar ada benda asing di belakang dia, secara automatiknya dia akan mempertahankan diri dia. sebab itu kita nampak dia akan melompat dan lari jauh.

jangan anggap kucing kita tu bodoh tau. dia memang kuat dalam mood berjaga-jaga.

Ada nasihat dari pakar mengatakan yang kita tidak di galakkan bermain dengan kucing menggunakan benda macam timun ini . sebab nak elakkan dari kucing kita tercedera bila reaksi mereka untuk menyelamatkan diri tu membuatkan mereka tercedera.


 Punca Mengapa Kucing Takut Timun
 Punca Mengapa Kucing Takut Timun 


Jadi, sekarang  korang dah tau lah kan sebab dan PUNCA MENGAPA KUCING TAKUT TIMUN. lepas ni jangan dok main main kucing pakai sayur tu pula tau. kesian dekat depa, terkejut nanti lama-lama depa tinggalkan korang baru tau.

VIDEO KUCING TAKUT TIMUN





Jom Share Entri ini untuk kawan-kawan kita yang bela kucing tu. bagitau depa jangan buat macam ni dekat kucing depa lak nanti.

Entri Sebelum - Boleh ke pegang anjing dengan Sengaja

Sekian .

2 ulasan:

  1. Pernah CCL tengok video kucing ni

    BalasPadam
  2. Hehehe .. comel plak bila kucing terkejut .. Hakak suka usik kucing .. Patutlah kucing kurang gemar dengan hakak =P

    BalasPadam

Kataubaid© .