Boleh ke pegang anjing dengan sengaja

5 Julai 2017

Kisah keterbukaan rakyat malaysia semakin menjadi-jadi sekarang ini. ramai yang mula mengamalkan agama dengan hanya menggunakan otak tanpa mendalami dulu ilmu yang ada dalam agama. sebagai contoh mengenai hukum pegang anjing. ramai tau sekarang ni orang islam malaysia pegang anjing dengan sengaja.

Sedangkan Anjin di kategorikan sebagai najis mughallazah. Najis yang berat. " alaah, lepas pegang anjing, samak jer lah ". itu pun nak kecoh. kata si A kepada orang yang menghalangnya dari memegang anjing. Sebenarnya dalam mazhad syafie melarang kita memegang anjing secara sengaja kerana ingin menjaga kesucian diri kita.


Boleh ke pegang anjing dengan sengaja
Boleh ke pegang anjing dengan sengaja


Dalam mazhab syafie juga mementingkan kesucian diri,tempat tinggal kita upaya tidak menjejaskan ibadah kita. adapun " samak " yang boleh di lakukan itu hanyalah bila kita terkena najis terbabit. Bukanlah memberi lesen untuk kita memegang anjing bila-bila masa yang kita rasa kita nak.

Mungkin ramai lagi yang tak faham sama ada boleh ke pegang anjing dengan sengaja dan juga mungkin ada yang tertanya apa hukumnyakan. Aku kongsikan dekat korang Status dari pengarah JAKIM mengenai isu anjing ini .




aku nasihatkan jangan baca komen, sebab ramai yang komen tu tak jaga adab . dahlah tak mengaji agama dok buat pandai dekat ruangan komen tu. haaihh. itulah melayu .

Aku harap lepas ni tak ada dah yang tanya boleh ke pegang anjing tanpa sebab dan sebagainya. Seeloknya, kita buat apa yang agama suruh dan tinggalkan apa yang agama larang. bukan kita melawan apa yang agama larang.

Ini huraian untuk mazhab syafie ya. Perbahasan mengenai mazhab lain itu korang bincang dengan ustaz-ustaz yang realiti, jangan tanya ustaz facebook, nanti takut maksud sebenar pertanyaan korang tu di salah tafsir. lebih baik duduk dan tanya face to face .

sekian .

1 ulasan:

  1. ramai sekarang ikut pandai sendiri je, mengaji malas, tiba2 buka hadis yang entah sahih ke tidak, terus paste dekat fb, tu la melayu kita

    BalasPadam

Kataubaid© .