NASIHAT IMAM WAQI' KEPADA IMAM SYAFIE - SYAIR TERKENAL !

Syair imam syafie yang terkenal dalam kalangan pelajar iaitu syair nasihat imam waqi' kepada Imam syafie . Untuk pengetahuan korang, syair ini di baca dalam persembahan hijjaz dalam gema gegarvaganza di Minggu ke 6 , persembahan lagu potret . Jom kita hayati Nasihat Imam Waqi' kepada Imam Syafie .


Nasihat imam waqi' kepada imam syafie
Kenangan penulis di makam imam syafie kaherah


NASIHAT IMAM WAQI' KEPADA IMAM SYAFIE - SYAIR TERKENAL !


Nasihat ini bermaksud ,

" Aku mengadu kepada guruku imam waqi' mengenai buruknya hafalan aku ,
dia menasihatkan aku supaya meninggalkan maksiat.
dia bagitau, ilmu itu cahaya ,
cahaya allah tak akan masuk dalam hati orang yang buat maksiat. "

Korang nak dengar versi nasyid, boleh tengok di bawah .




Subhallah, peringatan yang jelas kepada kita mengenai bagaimana nak berjaya dalam pelajaran. Pesanan ini sesuai untuk pelajar-pelajar . Sebabnya ia merupakan peringatan yang dekat dengan kita.

Kadang-kadang kita study tapi tak masuk dalam kepala. Pernah rasa macam ni ?

Penat study tapi tak lekat . Pernah rasa macam ni ?

Nasihat Imam waqi' kepada Imam Syafie ni dah bagitau dah sebab apa .

Sebabnya adalah

" Ilmu itu cahaya , cahaya takkan masuk dalam orang yang buat maksiat " .

Mungkin kita ada buat dosa mulut , mata dan lain-lain yang menyebabkan kita terhalang untuk menghafal ilmu yang kita pelajari .

Nampak simple tapi keberkatan itu yang penting .

Kesimpulannya ,

Kita sebagai pelajar dan sampai bila-bila kita akan jadi pelajar . Ingatlah NASIHAT IMAM WAQI' KEPADA IMAM SYAFIE - SYAIR TERKENAL ! ini supaya kita sentiasa berjaga-jaga dalam kehidupan seharian kita .

Nak pandai, kena ada jalan yang betul untuk mencapainya. teruskan berdoa dan berusaha.

Sekian .

0 comment... add one now

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)