CARA URUS KEWANGAN KELUARGA DENGAN LEBIH SEMPURNA !

Sekarang ni, nak simpan duit pun susah. ramai merungut gaji tak cukup. jadi sebab itulah cara menguruskan kewangan keluarga amat penting bagi memastikan tiada wang yang hilang tanpa di kesan. Ramai yang ambil perkara ini sebagai satu perkara yang tidak penting .

cara urus kewangan keluarga sendiri
Simpanan antara cara urus kewangan keluarga .


Bila gaji dah habis pakai baru lah nak korek perbelanjaan sendiri. Lepas tu pakat menyesal. Bulan depan, buat lagi. sampai bila kita nak ulang perkara ni.

Ingat !

Masa depan keluarga anda terletak pada tangan anda . jadi kena bijak urus kewangan keluarga untuk mengelakkan dari kesusahan di kemudian hari .

CARA URUS KEWANGAN KELUARGA !


Mungkin boleh aku kongsikan dengan korang mengenai cara urus kewangan keluarga dengan sempurna . korang boleh guna ataupun tak mau guna pun tak pa. yang penting kena baca bagi habis dulu .

1. Buat senarai perbelanjaan.

Senarai perbelanjaan ini perlu disediakan sebelum anda habiskan duit anda. bukan selepas habiskan duit baru buat senarai perbelanjaan. Bahagikan siap-siap keperluan perbelanjaan setiap ahli keluarga anda setiap bulan. dari sini korang boleh kurangkan apa yang tak perlu atau nak tambah mengikut nilai gaji anda.


2. Utamakan perkara yang perlu di utamakan dulu .

Perkara pertama yang perlu di utamakan adalah HUTANG ! . Bahagikan duit anda mengikut keutamaan seperti berikut .

a) HUTANG
b) Perbelanjaan
c) keperluan .

Selesaikan Hutang bank, rumah dan kawan-kawan dulu sebelum masuk ke keperluan dan kehendak korang.

3. Wang kecemasan .

Kalau ada wang lebih, simpan wang tersebut untuk kecemasan ! bukan guna sampai habis kosong bank. sebabnya kita tak tahu, mungkin kita perlukan duit di tengah bulan dan sebagainya .


4. Fokus !

Ini paling susah, kau rancanglah bagai nak rak , tapi kalau tak fokus ikut perancangan kau. Pasti Cara urus kewangan keluarga korang akan hancur macam gunung berapi memuntahkan lahar nya. dushh . hujung bulan , mesti merungut dan stress sebab duit dah habis. 

Fokus ! kurangkan kehendak ! penuhkan keperluan anda .

Kalau tak fokus, mesti kecundang . kau tengok Dato Lee chong wei , bila dia fokus, mesti dia menang. kalau kalah sekali pun, dia tau bukan sebab dia tak fokus sebab lawan boleh baca permainan dia.


cara urus kewangan keluarga
jadikan Semangat Dato LCW untuk kita teru belajar cara urus kewangan keluarga kita


ada faham ?

Zaman moden ni, kita ada guna aplikasi tertentu untuk menguruskan kewangan keluarga kita. Antara aplikasi yang diguna pakai adalah Gobear dan lain-lain. korang boleh pakai untuk memudahkan korang urus kewangan masing-masing .

 [ Klik ] Senarai Aplikasi Urus kewangan Keluarga 

Korang juga boleh cadangkan kepada bank negara untuk memudahkan pengurusan kewangan di masa yang akan datang. ada pautan cadangan untuk korang isi dan yang penting bank negara mahukan pandangan anda untuk kemudahan di masa akan datang. korang isilah ya. pautan boleh klik link Senarai Aplikasi urus kewangan keluarga .

Penutup

Kalau anda ayah dan ibu yang baik , pastikan ilmu urus kewangan keluarga ini di fahami secara mendalam dan di aplikasikan dalam keluarga anda. Mesti anak-anak anda berbangga dengan ayah dan ibu mereka. korang akan di layan macam superman dan supermom oleh anak-anak anda. tak mau ka ?

Urus kewangan keluarga dengan lebih sempurna insyaallah keluarga anda akan lebih bahagia di masa hadapan.

Sekian .
Previous Post Next Post