CARA MUDAH RENEW ROADTAX KERETA DENGAN MYEG ! RAMAI TAK TAHU NI !

CARA MUDAH RENEW ROADTAX KERETA DENGAN MYEG ! | Kenderaan yang paling banyak di gunakan oleh rakyat malaysia sudah pastilah kereta dan motor. betul tak ? Ramai gunakan kenderaan sebab nak pergi kerja ataupun memenuhi permintaan diri sendiri mahupun orang lain. Selain dari penjagaan kereta, Roadtax kereta juga merupakan perkara penting untuk di update setiap tahun. Berikut merupakan CARA MUDAH RENEW ROADTAX KERETA DENGAN MYEG !


renew roadtax kereta


CARA MUDAH RENEW ROADTAX KERETA DENGAN MYEG !


1. Masuk ke laman web myeg - https://www.myeg.com.my/

2. Daftar account dengan myeg.

3. Klik logo Jpj di bahagian home

4. Lepas tu korang klik dekat " pembaharuan cukai jalan "

5. Isi maklumat seperti di minta .

6. Buat pembayaran dan selesai .

2 jenis pembayaran

1. Kad Kredit.
2. Online banking .

Kaedah ini adalah untuk anda yang sudah ada insurans kereta , kalau tak ada , anda kena buat dulu insurans kereta dan kemudian baru boleh buat renew roadtax secara online . Korang tak perlukan gran kereta bagai. hanya isi maklumat yang di perlukan seperti yang di minta . Itu Sahaja .


renew roadtax dan insurans kereta


CARA RENEW INSURANS KERETA !


boleh dapatkan di portals yang sama di bahagian pembaharuan insurans .

KAEDAH PENGHANTARAN ROADTAX !


Melalui perkhidmatan penghantaran ke rumah anda ! dan di kenakan caj penghantaran mengikut kawasan berikut :

Lembah Klang : RM6.00 (2 hari bekerja)
Semenanjung Malaysia : RM8.00 (dalam masa 2-3 hari bekerja)
Sabah & Sarawak : RM10.00 (dalam masa 5 hari bekerja)
Penghantaran Ekspress : RM20 (dalam masa 6 jam) *tertakluk pada terma & syarat

Mudah je kan . Tak payah pergi ke JPJ untuk renew roadtax lagi .

Kalau tak renew roadtax kena apa ?

Kena saman lerr. hahaha

Kesimpulan 

Sejak ada perkhidmatan online ini, banyak kerja kita di permudahkan betul tak ? nak beli barang pun tak yah keluar rumah. duduk depan laptop dan pilih yang mana kita nak kan. kebanyakkan nya menggunakan sistem online bagi memudahkan kerja masing-masing .

Semoga entri CARA MUDAH RENEW ROADTAX KERETA DENGAN MYEG ! ini membantu korang untuk renew roadtax secara online dengan myeg . Mudah dan cepat . kalau ada masalah boleh komen di ruangan komen di bawah .

Sekian .

1 comment... add one now

Jueliza Jamani Jueliza Jamani May 3, 2017 at 1:49 PM
akak mmg renew roadtax guna myeg.. geran keta ada kt bank kedah nu hahhh

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)