JAHAT SANGATKAH ORANG LELAKI NI ?

JAHAT SANGATKAH ORANG LELAKI NI ? | Sejak dua tiga menjak ni banyak pula kisah-kisah lelaki curang yang lalu di Wall facebook aku. Aku tak pasti ia adalah rekaan atau betul-btul terjadi. Nampak dari gaya penceritaan itu ada yang betul dan ada yang rekaan. Persoalannya sekarang ini adalah JAHAT SANGATKAH ORANG LELAKI NI ?

JAHAT SANGATKAH ORANG LELAKI NI ?

Status atau cerita yang di muat naik di media sosial seakan-akan menutup segala kebaikkan insan yang bernama lelaki. Kalau cerita yang di muat naik itu betul dan untuk mengelakkan kaum hawa teraniaya, tak salah buat lah. Tapi ini sengaja reka cerita semata-mata nak bagi orang yang baca itu pandang serong terhadap orang lain .

Aku tak pasti sama ada aku sorang ja yang perasan benda ni. Hal lelaki curang, bukan main heboh di media sosial . tetapi hal perempuan curang tak ada pula yer ? baik sungguh kan kaum perempuan ni kan. hahaha

Orang lelaki ni baik sebenarnya di media sosial. Jarang nampak orang lelaki mengungkit atau menceritakan keburukan orang perempuan. Mereka lebih gemar senyapkan demi menjaga aib orang perempuan. tapi sayang, orang perempuan tak ambil kisah pun pasal menjaga aib dan mengumpat. kesian suami kalau dapat isteri macam ni.

Wahai orang lelaki, bertabahlah . banyakan berdoa agar di kurniakan isteri yang solehah untuk anda.

Wahai orang perempuan, orang lelaki juga ada perasaan. ada kala mereka baca dan hati mereka terasa, tapi mereka tidak seperti orang perempuan, mereka tanggung  rasa sakit hati tu sorang-sorang. Hati-hatilah , walaupun insan lelaki yang baca di media sosial itu bukan suami korang pun. kena hati-hati.

Orang lelaki selalu puji orang perempuan, tapi orang perempuan jarang puji orang lelaki. ada yang kata, kalau puji orang lelaki pun, bukan lelaki kisah pun. diam dan buat tak tau ja. meh sini aku nak habaq, orang lelaki suka di puji dan dia handle pujian itu mengikut cara lelaki. bayangkan kalau orang lelaki handle pujian macam orang perempuan ? haha jadi lelaki lembutlah jawabnya.

Jagalah hati , kurangkan mengkritik dan banyakkan menjaga hati orang di sekeliling kita. Maaf atas perkongsian ini jika terasa di hati. sekadar mengingatkan untuk mengelakkan ia menjadi parah di masa hadapan .

Sekian.


0 comment... add one now

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)