CARA BUAT DUIT DENGAN YOUTUBE !

CARA BUAT DUIT DENGAN YOUTUBE ! | Zaman sekarang, ramai orang berpusu-pusu nak cuba menjana pendapatan melalui internet. Ramai sangat, kalau korang salah seorang dari mereka, aku nak cakap satu sahaja, jangan lepaskan peluang yang korang ada ini . Jana pendapatan melalui Internet memerlukan kesungguhan yang kuat untuk kekal lama dalam internet. Salah satu cara menjadi pendapatan melalui internet adalah melalui Youtube.com .


CARA BUAT DUIT DENGAN YOUTUBE !


Ramai yang tak tahu sebenarnya. Youtube memainkan peranan yang penting dalam menjana pendapatan sampingan kepada mereka yang menginginkannya. Apa yang perlu korang ada adalah satu channel youtube dan Subscriber yang ramai .

Lepas cukup dua ciri yang aku kongsikan itu, korang dah boleh apply adsense untuk Youtube. Mesti ramai yang nak tahu, apa itu adsense untuk youtube ?

APAKAH MAKSUD ADSENSE UNTUK YOUTUBE ?


Adsense adalah pengiklanan luar negara yang membayar blogger atau youtuber yang menggunakan pengiklanan mereka.Dalam bahasa mudah, adsense bayar kita melalui iklan yang berlegar di blog atau youtube kita. Adsense juga di bayar dalam USD dan ini menjadi kegembiraan kepada pengutip-pengutip USD kerana duit RM kita masih jatuh. keuntungan untuk orang yang pandai buat duit USD .

Cara Buat Duit Dengan Youtube adalah seperti berikut :


1. Masuk ke Channel Youtube anda .
2. Klik Video Manager
3. Klik Channel di bahagian kiri .
4. Pilih Monetisation.
5. Monetise video.

Selepas itu , anda hanya perlu mengisi maklumat anda untuk membina satu account adsense yang akan membayar anda selepas ini. Tetapi , Account youtube anda perlulah mendapat kebenaran dan di approved oleh mereka terlebih dahulu .

Kalau korang dah ada account adsense untuk blog, boleh terus masukkan ID adsense anda di ruangan yang di sediakan.   Bagi anda yang nak tahu lebih lanjut mengenai adsense. Boleh Rujuk Pautan ini . Pelbagai maklumat mengenai adsense untuk anda.


[+] PANDUAN RAJA ADSENSE REVIVE

Semoga entri mengenai Cara Buat Duit dengan Youtube ini memberi manfaat kepada anda dan kita semua. Sebenarnya ada lagi cara lain nak buat duit dengan youtube ini. cumanya aku kongsikan yang ini dahulu ya. nanti di ruangan lain aku kongsikan kemudian. Terima Kasih .

Previous Post Next Post