3 FAKTA MENGENAI HOKKAIDO BAKED CHEESE TART !

Hokkaido Baked Cheese Tart


3 FAKTA MENGENAI HOKKAIDO BAKED CHEESE TART ! | Baru-baru ini, aku ada bagi tau korang yang aku nak cuba rasa Hokkaido Baked Cheese Tart . Betul tak ? Korang mesti tak ingatkan, rujuk Pautan ini . Jadi, Hari Sabtu baru ini aku pun terjah lah ke kedai Hokkaido Baked Cheese Tart Di QueensbayMall Pulau Pinang .


Untuk pengetahuan korang , Hokkaido Baked Cheese Tart ini telah mendapat Sijil Halal oleh Jakim tau, Korang Rujuk Pautan ini . Masa aku singgah kedai tu, tak ramai orang jadi aku boleh lah pilih tanpa rasa bersalah kan. hehe

Sebenarnya Hokkaido Baked Cheese tart ini dah lama dah ada di Queensbaymall. Di sebabkan sebelum ini aku ragu-ragu sama ada halal atau tidak, sebab tu aku tak beli tu. Lepas aku rujuk Portal Halal Jakim dan terbukti ia halal baru aku beli dan makan. Jadi Aku nak kongsikan dengan korang mengenai 3 Fakta Hokkaido Baked Cheese Tart !


FAKTA MENGENAI HOKKAIDO BAKED CHEESE TART !


1. Texture dia cantik dan rangup .
2. Rasa cheese tart sangat kuat dan sedap. Aku lebih suka yang coklat.
3. Hanya ada 2 flavor sahaja buat masa sekarang ini . Coklat dan Cheese .


Disebabkan aku ini bukan seorang penggemar Cheese, jadi aku hanya boleh makan satu cheese tart sahaja dan lepas tu tak leh masuk dah. hehehe kalau korang penggemar Cheese tart, korang boleh beli berapa banyak yang korang suka.

Harga Cheese Tart di Hokkaido Baked Cheese tart


Ada promosi 
Beli 5 percuma 1 = RM 29.00

Kalau sebijik Cheese tart = Rm 5.80 .

Nak kata murah tu, mungkin sesetengah kita rasa macam tak kan. tapi apa yang boleh aku cakap adalah ia berbaloi dengan harga tersebut. Luaran yang crunchy menjadikan ia salah satu sebab kenapa korang kena cuba rasa Hokkaido Baked Cheese Tart ini .

Aku Kongsikan dengan korang Gambar yang sempat aku tangkap mengenai Hokkaido Baked Cheese Tart .

Gambar Cheese Tart


Hokkaido Baked Cheese Tart

Hokkaido Baked Cheese Tart

Hokkaido Baked Cheese Tart

Lokasi Kedai Hokkaido Baked Cheese Tart Penang !


Di dalam Queensbaymall , Penang. Korang masuk pintu utama dan turun ke bawah .


Amacam ? Nampak Sedapkan. Cubalah dapatkan di kedai-kedai yang berdekatan anda. Ayat macam iklan.hahaha .

Aku harap maklumat dalam Entri 3 FAKTA MENGENAI HOKKAIDO BAKED CHEESE TART ini membantu korang untuk membuat keputusan sama ada untuk membeli atau tidak. Keputusan di tangan anda. Sekian. Tolong Share entri ini ya. Terima Kasih .

Jom like Page admin untuk info menarik !

0 comment... add one now

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)

JOM SUBSCRIBE BLOG KATAUBAID ! DAPATKAN INFO TERKINI !

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Pageview