KENAPA NASI KERABU WARNA BIRU ?

KENAPA NASI KERABU WARNA BIRU ? | Soalan apakah yang aku maksudkan itu ? pernah tak kita terfikir kenapa nasi kerabu yang orang kelantan selalu makan tu warnanya biru. kenapa tak pakai warna hijau ke warna merah ke ? Kalau korang nak tahu, nasi kerabu merupakan makanan tradisi masyarakat negeri kelantan sejak dahulu lagi. Walaupun penyediaan dia agak rumit,tapi orang kelantan cakap berbaloi bila dah makan. jadi persoalan asal aku adalah KENAPA NASI KERABU WARNA BIRU ?


KENAPA NASI KERABU WARNA BIRU ?


Jawapannya adalah kerana mereka meletakkan pewarna biru kedalam nasi kerabu tersebut. Pewarna biru yang diambil dari kelopak bunga telang untuk di letakkan dalam nasi tersebut. Ada yang juga terpaksa tukar warna dari warna biru ke warna kuning . korang pernah tengok nasi kerabu warna kuning ? mungkin kerana bunga tersebut agak susah di perolehi jadi diorang gantikan warna biru dengan warna kuning dari kunyit.

Aku pernah cuba makan nasi kerabu. agak pelik bila orang penang makan nasi kerabu. rasanya susah nak masuk dengan selera orang penang tapi nasinya sedap dan kerabunya juga sedap. Sebab itu nasi kerabu ini sesuai dengan orang kelantan . Untuk maklumat tambahan, orang penang pun ada nasi kerabu juga . nasi dia warna hitam dan kelabu sikit dan di gaul dengan ulam dan sayur-sayuran. sedap gila. nanti mai penang , boleh cuba tau.

Akhir sekali, warna biru pada nasi kerabu adalah merupakan warna identiti bagi nasi tersebut. Bila sebut nasi kerabu, kita secara langsung akan terus berfikir nasi yang warnanya biru dan ada keropok serta ikan goreng bersamanya untuk di jamah. Tetapi pernah tak kita terfikir warna biru pada benda lain yang juga melambangkan identiti benda tersebut.

Korang memang tak akan pernah terbayang mengenainya walaupun tiap-tiap hari korang bawa benda warna biru tu ke mana-mana sahaja. Nampak sangat kita tak menghargai apa yang kita adakan. Barang apa tu ? Rujuk Pautan ini .Korang mesti terkejut. aku pun tak perasan, sebab tu aku kongsikan dengan korang.

Sebagai konklusi, kita kena sedar mengenai identiti yang ada pada diri kita dan benda di sekeliling kita. Jangan hanya tahu guna sahaja. macam nasi kerabu, mungkin sebelum ini korang sendiri tak tahu yang warna biru tu datang dari mana kan. sekarang,lepas baca entri KENAPA NASI KERABU WARNA BIRU ? , baru lah kita tahu sebab apa dia warna biru.jadi sekarang kita kongsikan dengan kawan-kawan kita yang lain. baru diorang tahu juga. terima kasih.

Sekian.

Previous Post Next Post