Biodata Mimi Lana, Pelakon Drama Perempuan Itu (2022)

Biodata Mimi Lana, Pelakon Drama Perempuan Itu dan Kekasih Syafiq Kyle. Korang kenal dengan pelakon ini? Nama mimi lana bukanlah asing dalam industri lakonan tanah air. Dia mula dikenali dalam drama Sein dan Luna yang ditayangkan di tv3 pada tahun 2016 tau. Sejak itu namanya menjadi sebutan para peminat. Korang dah sedia nak tahu info maklumat berkaitan pelakon cantik ini? kalau sudah, Berikut merupakan Biodata Mimi Lana, Pelakon Drama Perempuan Itu (2022) untuk bacaan anda.


BIODATA MIMI LANA PELAKON DRAMA SEIN DAN LUNA !


Biodata Mimi Lana, Pelakon Drama Perempuan Itu (2022)

Dalam pautan biodata mimi lana ini juga, kami nak kongsikan nama sebenar mimi ni iaitu Mimi Rozaiana bt Zainal Abidin. Dia dilahirkan pada 21 November 1995 dan kini berusia 27 tahun. Muda lagi rupanya.

Selain itu, dia juga berasal dari negeri Perak tau.

Mimi juga antara bekas peserta dewi remaja 2014 dan 2015 tau. Kiranya dia satu batch dengan Raysha Rizrose, Mawar Rashid, Syamim Farid, Puteri Aishah dan lain-lain.

Instagram : Instagram Mimi Lana.

Drama,Telefilem dan Filem Lakonan MIMI LANA.


Kami tahu,ramai yang nak tahu karya-karya yang pernah dilakonkan oleh pelakon hebat mmimi lana ini. Antara drama popular yang pernah dibintanginya termasuk Kisah Cinta (2013), Cinta Jannah (2013), Sekali Aku Jatuh Cinta (2016), Sein Dan Luna (2016), Suamiku Mat Piun (2018), Halalkan Hati Yang Ku Curi (2018), Dian (2018) dan Mawar Murni (2018).

tambahan pula, dia turut melakonkan watak dalam drama Cari Aku Di Syurga dan Bukan Cinta Aku pada tahun 2019.

Pada tahun  2020 pula mimi muncul dalam drama Chandelier dan Hati Yang Tersakiti. Diikuti pada tahun 2021, dia berlakon dalam drama Ramadan Pertama, Masih Ada Rindu dan Lockdown.

Terbaru! pada tahun 2022 ini, Mimi akan berlakon dalam drama Perempuan Itu bersama dengan Zul ariffin tau.

Untuk telefilem pula, dia terlibat dalam telefilem, Hanya NamaMu (2017), Fatihah Untuk Mama (2017), The Hantus (2018), Selirat (2018), Terlakur Cinta Suci (2018) dan Neraka Kasih Maisarah (2018).

Dalam tahun 2018 juga, dia muncul dalam telefilem Kau, Aku, Hantu Raya. Disusuli dengan tahun 2019, telefilem lakonan mimi lana adalah Viral Alam Maya, Dulang Boy, Sahur Terakhir dan 7 Netizen.

Pada tahun 2020, telefilem Mufariq dan Racun Suami Jahanam menjadi karya mimi. Kemudian pada tahun 2021, telefielm Bukan Cerita Cinta Cliche menjadi karya terbaru beliau.

semua hebat-hebat drama dan telefilem lakonan Mimi lana kan.

Selain itu,dia juga pernah menjayakan drama web iaitu dalam drama Dan Calonnya Adalah musim kedua (2015) dan Cinta Tangkap Muat (2016).

Lepas korang baca BIODATA MIMI LANA PELAKON DRAMA SEIN DAN LUNA , mesti korang dah kenal siapa mimi lana kan. Lepas ini tak risau lagi lah bila tengok drama lakonan dia kan sebab dah kenal. hehe

Previous Post Next Post