Telefilem Best Racun Suami Jahanam (Astro Citra). Hai korang, ini merupakan sebuah lagi telegfilem menarik untuk tontonan korang.
Kalau minggu lepas kita dah tengok telefilem cekelat tak semanis honey, minggu ini kita dapat tengok kisah keluarga toksik pulak. Dibintangi pelakon utama mimi Lana dan Ben Amir, pasti menyeronokkan untuk ditonton lakonan mereka.
Telefilem Racun Suami Jahanam (Astro Citra)
Cerita ini akan ditayangkan di Astro Citra dan Citra HD tau. Oh ya lupa nak bagi tahu, penulis skrip Telefilem Racun Suami Jahanam ini adalah Amor Rizan tau. Untuk yang belum tengok, telefilem ini mengisahkan tentang suraya yang merupakan seorang gadis kampung. Dia ni agak baik dan mudah diperkotak katikkan/ Dia berkenalan dengan Hazrul dan mereka akan menjalani hari bahagia mereka.
Tapi itu hanyalah khayalan Suraya sahaja. Selepas dia mengetahui siapa Hazrul yang sebenarnya, hidupnya menjadi kucar kacir. Hazrul yang terlibat dalam operasi kelab malam di ibu kota membawa suraya ke sana untuk menjadi pelayan. perkara ini amat mengejutkan Suraya.
Sampai satu tahap, Suraya hampir membunuh diri kerana tidak tahan dengan perangai dan paksaan Hazrul. Racun apakah yang digunakan Suraya untuk membunuh suaminya? Mampukah Suraya melarikan diri dari 'neraka dunia' itu?
Jom sama-sama kita saksikan.
INFO Telefilem
Racun suami jahanam ini telah ditayangkan pada 25 januari 2020 yang lalu tapi akan ditayangkan semula pada 11 September 2021 ini. Untuk tahun 2022 pula, ia akan ditayangkan pada 22 Ogos 2022 pada hari ahad
Antara pelakon utama dalam cerita ini adalah Mimi Lana dan Ben Amir tau. pengarah cerita ini adalah Micheal Ang dan produksi yang membuat telefilem ini adalah Juita Viden. Dalam cerita ini juga kita dapat saksikan yang Mimi lana membawa watak sebagai Suraya. Riz Amin pula Sebagai Hazrul.
Antara pelakon lain yang turut sama terlibat adalah Ben Amir dan Scha Alyahya. Tak sabar pula nak tengok cerita ni sampai habis. Memang best tau.
Korang boleh tengok sedutan telefilem ini di Youtube Astro Gempak tau.