ADAKAH MELAYU MAKIN HILANG KEMELAYUANNYA ?

ADAKAH MELAYU MAKIN HILANG KEMELAYUANNYA ? |  Nama melayu sinonim dengan akhlak yang baik ,tutur kata yang lembut serta sikap tolong menolong antara satu sama lain . Namun tahun 2016 , merupakan tahun yang mana kita lihat sifat kemelayuan itu semakin terhakis. adakah faktor masa dan peredaran menyebabkan kita makin hilang identiti ? ADAKAH MELAYU MAKIN HILANG KEMELAYUANNYA ?


ADAKAH MELAYU MAKIN HILANG KEMELAYUANNYA ?


aku yakin ramai yang akan menolak pendapat aku dan mungkin juga anda ada pandangan yang tersendiri namun aku tetap ingin kongsikan pendapat aku. Bagi aku beberapa sifat melayu telah hilang dari diri melayu. Antaranya indah dalam tutur kata. Zaman sekarang ramai melayu sudah tidak pedulikan adab dan akhlak dalam tindakan mereka.

Maki hamun , kutuk mengutuk, fitnah dan pelbagai lagi kesalahan akhlak menjadi amalan masyarakat melayu sekarang. Ini tidak di campur dengan melayu yang menggunakan media sosial untuk melepaskan kemarahan . Ada juga yang sengaja menimbulkan berita berbau fitnah sehinggakan berlaku perpecahan dalam kalangan masyarakat.

Kedua, sifat tolong menolong . paling ketara sifat ini apabila masyarakat melayu sendiri sudah kurang sifat tolong menolong.Dulu, sifat ini banyak di katakan di kawasan bandar. tetapi sekarang ia juga telah merebak ke luar bandar. sedih melihat perkara ini berlaku. Bertapa kita merindui suasana dahulu berbanding sekarang.

Sehinggakan ada yang bukan melayu dari kalangan pakcik-pakcik juga hairan kenapa sekarang orang melayu tak seperti dahulu. kalau dulu, kita sama-sama bergotong royong untuk sesuatu majlis , tetapi sekarang kita tiada lagi benda itu. mereka juga sering menolong melayu dan berada di dalam masyarakat melayu, jadi kehairanan ini merupakan kerisauan mereka kepada identiti melayu itu sendiri.

Aku tak masuk lagi bab pakaian yang semakin hari semakin terdesak dan mendesak kita untuk menjadi ketat seketatnya. Sedarlah wahai melayu, kita bangsa melayu yang mempunyai sifat ketimuran dan jauh dari kebaratan.kenapa kita perlu mencari barat dalam kehidupan kita. ADAKAH MELAYU MAKIN HILANG KEMELAYUANNYA ? kita sahaja yang tahu jawapannya.

Sekian.

Previous Post Next Post