SELAMATKAN WOMAN BOAT TO GAZA ( WBG ) !

SELAMATKAN WOMAN BOAT TO GAZA ( WBG ) ! |  Awal pagi ini ( 6 october 2016 ) waktu Malaysia, kita mendapat laporan mengenai Sebuah Kapal layar yang dalam misinya ke Bumi Gaza telah di tawan oleh tentera Israel . Mereka yang terdiri dari kalangan kaum wanita dari pelbagai negara bergabung dan menyertai pelayaran ini sebagai simbolik kepada penentangan terhadap pencerobohan ke atas bumi gaza. Misi mereka juga di kenali sebagai WOMAN BOAT TO GAZA ( WBG ) !.

Mereka yang bertolak dari Barcelona ,Spain sejak 21 hari yang lalu telah hilang dari radar ketika jam 8.50 malam waktu malaysia dan di sahkan mereka di tawan pada jam 8.58 malam. Dalam Video berdurasi 1 minit 8 saat , wakil Malaysia iaitu Dr Fauziah menggesa kerajaan Malaysia dan rakyat Malaysia menggunakan pelbagai cara untuk bebaskan mereka yang di tahan dengan cara yang salah oleh Pihak Israel. Video SOS yang di muat naik itu turut di sertai oleh rakan-rakan yang menyertai Woman Boat To Gaza .

WOMAN BOAT TO GAZA ( WBG ) !
Gambar Berita Harian




Ayuh masyarakat dunia, dimana anda sekarang ? bangunlah kembali dengan semangat ,sampaikanlah kepada anak-anak dan cucu kita mengenai situasi yang berlaku di bumi Gaza . Jangan senyapkan mereka dengan perkara yang tidak sepatutnya. Biar mereka juga turut berasa sedih dengan kehilangan bumi gaza yang di ceroboh oleh Israel .

Semoga Aktivis Woman Boat To Gaza ini di beri perhatian serius oleh Kerajaan Malaysia dan mereka ini perlu di selamatkan dari Israel yang tidak kenal erti belas kasihan. Aku mohon Rakyat Malaysia bersama berdoa supaya kesemua aktivis woman Boat to Gaza di selamatkan dengan kadar segera . Kita masih menanti laporan dari mereka . Doa baik-baik sahaja .

Sekian.

Jom like Page admin untuk info menarik !

0 comment... add one now

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)