KENAPA MANUSIA SUKA PADA YANG CANTIK ?

KENAPA MANUSIA SUKA PADA YANG CANTIK ? |  Hari ini aku nak kongsikan sedikit mengenai KENAPA MANUSIA SUKA YANG CANTIK ? . Kalau korang perasan , manusia suka benda yang cantik dan exclusive . Barang kemas , barang baru . jam rolex dan apa sahaja yang di rasakan cantik pada pandangan manusia mesti akan di sukai . Aku tak bercerita mengenai orang cantik ke tidak. tetapi lebih kepada apa yang kita miliki sekarang ini . jadi Korang tahu tak KENAPA MANUSIA SUKA PADA YANG CANTIK ?

KENAPA MANUSIA SUKA PADA YANG CANTIK ?

Lumrah manusia untuk menyukai benda yang baik dan cantik . Sebabnya adalah Perkara baik memberi kita gambaran yang mana kita tidak akan mengalami kerugian atau kita tidak akan di sakiti. apabila perassan tersebut muncul ,ia akan memudahkan kita untuk berdamping dengan barang atau benda tersebut .

baca juga : Jangan Menyerah kalah !

Aku ambil contoh, arang . Bentuknya tidak sekata dan warnanya hitam . Sekali tengok pasti tidak mahu tengok kembali . itu arang . berbanding dengan batu sungai , walaupun rupanya bulat dan bujur tetapi ia berkilat dan cantik. pasti ramai yang menjadikan batu sungai sebagai koleksi berbanding batu arang . betul tak ?


KENAPA MANUSIA SUKA YANG CANTIK ?
ARANG
KENAPA MANUSIA SUKA YANG CANTIK ?
BATU SUNGAI
**gambar google.com

Satu sifat dalam diri kita iaitu nak selamat dalam segala perkara . Tak mau terguris walaupun secebis mahupun tercalar menyebabkan kita akan sentiasa memilih untuk menyukai benda yang cantik . Begitu juga hakikat kita hidup ni , buatlah perkara yang cantik atau perkara yang baik serta indah .supaya hidup kita sentiasa senang dan aman .

Benda yang cantik memberi ilham yang baik kepada kita dan menguatkan kita dari segi moral dan fizikal . Hidup kita ni tak boleh hanya kuat dari segi fizikal semata, rohani dan jiwa juga perlu kuat kerana ia datang sebagai pakej . apabila kita menyukai benda baik, kita suka benda cantik dan kita juga baik dan mempunyai akhlak yang cantik,sudah pasti hidup kita dan orang sekeliling juga akan baik dan harmoni .

Tidak salah untuk memiliki benda cantik atau teringinkan benda cantik . Seeloknya kita perlu ada rasa nak simpan atau nak memiliki benda cantik bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi hanya untuk koleksi peribadi dan juga untuk membantu kita bila di perlukan. adakala kita ada beban yang berat di fikiran tetapi tak tahu cara untuk membuangnya . Sesetengah orang suka keluar dan berjalan. dan ada sesetengah yang suka melihat benda yang cantik untuk menghilangkan beban tersebut. gunakanlah cara terbaik untuk diri anda kerana manusia itu berbeza-beza .

Sekian.

p/s : apalah yang aku tulis ni. hahaha idea ke laut. wekkk

Jom like Page admin untuk info menarik !

1 comment... add one now

Sue Izza Sue Izza October 20, 2016 at 12:12 AM
Cantik itu subjektif,kat mata kita huduh tapi di mata org lain indah,unik kan perasaan yang Allah cipta kepada manusia? Subhanallahhhh.

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)