CARA BUANG BEBAN YANG MEMBERATKAN !

CARA BUANG BEBANAN HIDUP I Hari ini izinkan aku untuk membebel dekat korang. hehe aku pun dah lama tak membebel. time demam-demam macam ni , orang cakap sesuai untuk membebel dekat orang lain. hehe jadi aku nak bersembang dengan korang mengenai Beban kehidupan. Aku yakin setiap manusia mempunyai tanggapan sendiri mengenai beban hidup masing-masing. Ada yang merungut dan ada juga yang tidak kisah dengan beban tersebut.

Persoalan timbul, bagaimana nak atasi beban yang banyak dan memberatkan ini ? Sebelum aku pergi lebih jauh dengan kelajuan kereta ferrari. aku nak minta korang duduk elok-elok dan mulakan membaca. * bukan dah mula dari tadi ker ? . hahaha

Aku nak kongsikan mengenai beban yang di kategorikan sebagai tanggungjawab dan juga tugas. Aku tak minat nak bincang mengenai bebanan batu-batu, konkrit bertan-tan tetapi aku nak fokuskan kepada bebanan kehidupan.Kalau anda rasa terbeban dengan sesuatu perkara, aku mohon agar korang duduk dahulu dan tarik nafas panjang-panjang . dan mula selesaikannya satu persatu.

Aku lebih gemar bahagikan bebanan tersebut mengikut keutamaan dia. sama ada perlu di selesaikan segera atau boleh di kemudiankan.dari sini, kita akan nampak pengurangan kerja berbanding jika kita tidak mengasingkan pekerjaan kita tersebut. dari situ ,kita dah kurang satu beban yang ditanggung .

Yang ke dua, aku nak kongsikan satu tips untuk mengelakkan korang rasa terbeban yang menyakitkan hati ,jiwa dan raga termasuklah raga moto suami dan isteri korang . hahaha okaayy ubai dah tak betul ni..hahaha tipsnya adalah, setiap pekerjaan yang korang buat, korang buang perkataan beban yang ada dalam kepala korang masa buat kerja tersebut.

Contohnya, korang bawa kereta nak ambil anak di sekolah, kalau korang rasa benda itu beban, maka buang perkataan beban dalam kepala dan gantikan dengan perkataan suka . maksudnya, korang suka pergi ambil anak di sekolah. maka nanti korang akan rasa, bebanan tersebut hilang serta merta dan korang pun happy, anak-anak balik sekolah pun happy tengok korang, jiran pun happy, akak jaga tol pun happy, kawan korang happy, dan suami korang pun akan happy tengok korang happy.

Pendek kata, benda negatif dalam diri kita , kalau nak dibuang kena juga di gantikan dengan benda positif. kalau tidak ia akan negatif sampai bila-bila. Semoga info yang aku kongsikan ini mampu membantu korang membina semangat dalam kehidupan.

Sekian.


Jom like Page admin untuk info menarik !

0 comment... add one now

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)