BANGUNLAH ! REZEKI ALLAH SEDANG MENUNGGU !

BANGUNLAH ! REZEKI ALLAH SEDANG MENUNGGU ! | Rezeki, rezeki, rezeki itulah yang selalu di sebutkan oleh sesiapa sahaja yang ingin menambah rezekinya setiap hari . Ramai yang kata,kalau kita berfikiran positif maka rezeki pun senang masuk ? betul ke ? fikiran positif yang kita fikirkan adalah untuk menambah kekuatan kita untuk terus mencari rezeki . Kalau kita tak berfikiran positif mesti kita akan putus asa dan kecewa ! Ayuh BANGUNLAH ! REZEKI ALLAH SEDANG MENUNGGU !


BANGUNLAH ! REZEKI ALLAH SEDANG MENUNGGU !


Rezeki Allah ini luas meliputi pelbagai perkara di dalam hidup ini antaranya adalah kewangan yang baik, kesihatan yang baik ,dipermudahkan urusan dan lain-lain lagi. Aku teringat satu khutbah jumaat di sebuah masjid dekat sini ada mengatakan Betulkah dengan rezeki yang banyak itu adalah tanda Allah bagi kebaikkan kepada orang tersebut ? Jawapannya tidak . tak semestinya kita duit banyak ,kita di segerakan kebaikkan kepada kita .

Adakala dengan duit yang banyak menyebabkan kita terjerumus kedalam kancah kehinaan . Ada harta tetapi anak pinak tunggang langgang , ada harta tetap hidup dalam ketakutan kerana bimbang hartanya akan di curi . Ada harta yang banyak tetapi takut di tahan SPRM dan pelbagai lagi kemungkinan jika kita perolehi harta yang banyak .


Akan tetapi harta yang banyak jika diuruskan dengan baik mengikut apa yang di minta oleh syara' maka harta itu akan menjaga kita. Kita juga tidak perlu risau dengan harta tersebut . Bukan bermakna kita tidak boleh jadi kaya . Islam amat menggalakkan kita jadi kaya tetapi pada masa yang sama islam ajar kita supaya kita menjadi orang yang kaya yang dekat dengan agama .


BANGUNLAH ! REZEKI ALLAH SEDANG MENUNGGU !


Andai kita di pilih oleh Allah menjadi orang kaya, jadilah orang kaya yang berbakti kepada Agama .pedulikan apa yang manusia akan kata apabila kita dekat dengan agama ,asalkan kita tahu yang kita semua akan mati dan harta dan anak pinak hanyalah perhiasan kehidupan kita sahaja.jangan biarkan mereka melalaikan kita . Nampak tak bertapa hebatnya percaturan Rezeki Allah kepada kita .

Akhir sekali , rezeki allah ini luas dan banyak . kita tak tahu rezeki Allah datang dengan cara apa . kadang-kadang dengan usaha kita yang sedikit tetapi hasilnya banyak . ada ketika kita hanya duduk di rumah dan orang lain hantarkan rezeki kepada kita .itu juga di namakan rezeki . pendek kata semuanya telah di aturkan oleh Allah .kita hanya melaksanakan apa yang telah di tetapkan oleh Allah . Sentiasa berfikiran positif dan senyum selalu ! semoga kita peroleh rezeki yang banyak .

Sekian.



Jom like Page admin untuk info menarik !

1 comment... add one now

Julia Johari Julia Johari October 24, 2016 at 10:53 AM
Bagus cebisan semangat yang diberikan disini...betul pembuka laluan rezeki ialah berusaha bangun awal...selit doa masa solat subuh tu...moga Allah lapangkan

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)