SENYUM SIKIT !

SENYUM SIKIT !  |  Zaman sekarang ini susah untuk melihat orang senyum tanpa sebab . muka masam,murung dan kelat itu sahaja wajah-wajah yang dapat di lihat di dalam masyarakat kita bila kita bersemuka dengan mereka .Mungkin faktor keselamatan menyebabkan mereka cuak dan mengambil langkah berjaga-jaga dengan orang asing . Apa-apa pun ,aku masih yakin mereka ingin senyum dan menyebarkan aura positif tak kira di mana mereka berada .SENYUM SIKIT !

rahsia senyum

Jom add friends dengan aku sementara quota masih ada. hehe


Kalau korang perasan dekat facebook aku, aku selalu tulis status yang meminta pembaca dan kawan-kawan aku untuk senyum sikit . korang nak tahu tak sebab apa aku suruh kawan-kawan facebook aku senyum sikit. ia kerana aku jangka yang mereka agak stress jadi dengan senyum sikit itu mampu memberikan aura positif dan memberi keyakinan kepada diri serta semangat untuk terus berkerja dan melakukan apa yang mereka mahukan.

Senyum mampu mengembalikan minda kita yang stress kepada dunia realiti. Pelbagai muscle bergerak ketika senyum menyebabkan ia menghantar info kepada otak untuk membuatkan kita rasa happy dan gembira . itulah kekuatan sebuah senyuman. antara cara untuk membuatkan kita tersenyum adalah dengan membaca atau menonton cerita lawak ,membuat kerja yang kita suka dan bekerja dengan orang-orang yang kita suka .

Selain itu, melihat orang lain tersenyum juga mampu membuatkan kita tersenyum dan senyuman tersebut pasti memberi kesan positif kepada mereka yang melihatnya . Pernah tak kita tengok orang senyum dan hati kita tenang ja melihat wajah nya. Berbanding kita melihat wajah orang yang masam mukanya menyebabkan hari kita turut muram dek kerana wajah mereka yang tidak membantu kita untuk kekal positif .

Nampak tak kepentingan Senyum kepada diri kita. Jangan tunggu orang senyum dengan kita baru kita nak senyum tetapi senyumlah di mana kita berada . Senyuman itu sedekah . semoga amal baik yang kita buat mampu memberi sinar kepada orang lain seterusnya membantu kita dalam kehidupan kita seharian. ingat, senyum selalu, jangan masyam jerr.. hehe

Sekian .

jom share entri ni kalau korang suka . :)


Jom like Page admin untuk info menarik !

0 comment... add one now

jom komen.. ^_^.. tinggal kan link blog korng juga k..t aku nk jalan2 yaa.. (^_^)