TANDA-TANDA KITA TAK BOLEH HIDUP TANPA INTERNET !

TANDA-TANDA TAK BOLEH HIDUP TANPA INTERNET !  |  Internet menjadi satu keperluan bagi blogger macam aku . Seharian tanpa internet umpama hari yang gelap tetapi tak la sampai nak bunuh diri. hahaha Disebabkan hari-hari kena menghadap blog , facebook dan cari maklumat untuk update entri ,internet sudha pasti menjadi kegunaan utama aku . aku yakin korang pun tak boleh hidup tanpa internet kan. Bukan setakat nak buka facebook, nak whatsapp pun masih pakai internet. jadi internet dah jadi keperluan kepada semua . korang nak tahu tak tanda-tanda korang tak boleh bidup tanpa internet ?

Antara tanda-tanda korang tak boleh hidup tanpa Internet adalah apabila tak ada internet korang akan rasa lost dan murung a.k.a tak tau buat apa . Aku yakin, kalau sehari korang tak ada internet mesti korang rasa lost dan tak tentu arah. tetapi kalau korang nak tahu ,bila tak ada internet sebenarnya memberi ruang dekat kita untuk menumpukan perhatian pada alam realiti. Kalau ada internet, kita lebih tertumpu kepada masyarakat media sosial berbanding masyarakat luar .

Baca juga : Belajarlah Hidup Tanpa Internet .


TANDA-TANDA KITA TAK BOLEH HIDUP TANPA INTERNET !


Tanda kedua, korang mungkin akan rasa bersalah dengan facebook korang . Setiap hari menghadap facebook dan tiba-tiba tidak bersua muka, mesti rasa bersalah itu muncul. macam putus cinta dengan awek lak . hahaha . tangan jadi menggeletar sebab gian tak buka facebook dan sebagainya adalah antara tanda-tanda korang tak boleh hidup tanpa internet . kalau korang nak tau, ada 5 tanda korang tak boleh hidup dengan internet di sebutkan dalam blog ini . korang mesti nak tau kan, korang terjah blog tu ya .

Sebagai manusia, seimbangkanlah kehidupan internet dengan realiti. jangan sampai orang realiti kita tak kenal dan hargai tetapi orang media sosial lebih kita kenali dan hargai . Hargai lah sesiapa sahaja yang muncul dalam hidup kita walaupun siapa dia sekali pun. Ingat, jangan pulak terkena tanda-tanda korang tak boleh hidup dengan internet pulak kalau tak ada internet nanti. haha nak elakkan dari benda tu, top up cepat-cepat sebelum expired. hehe

Baca juga : Google adalah lelaki atau perempuan ?


Sekian.

Mesti Baca : 5 tanda korang tak boleh hidup tanpa internet !









Previous Post Next Post